Rogol anak 13 tahun tiap malam, bapa dipenjara 480 tahun

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SARIKEI, 18 Sept — Seorang buruh dihukum penjara 480 tahun selepas mengaku bersalah merogol anaknya yang berusia 13 tahun sejak awal tahun lalu.

Tertuduh, 38, mengaku bersalah atas 12 tuduhan merogol mangsa di bilik kediaman rumah panjang di Sungai Bulat dekat sini, antara Januari dan Disember tahun lalu

Dia mengaku bersalah atas empat tuduhan melakukan kesalahan sama beberapa kali di lokasi sama sejak Julai hingga 5 September tahun ini, lapor Berita Harian.

Hakim Mahkamah Sesyen Maris Agan menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh merogol mangsa setiap malam sejak Januari hingga Disember tahun lalu.

Mangsa terselamat apabila tinggal di asrama sekolah, kemudian melakukan pembedahan membuang ketumbuhan ovari.

Selesai pembedahan pada pertengahan tahun, tertuduh mengulangi perbuatannya sejak Julai lalu dengan merogol mangsa setiap kali pulang ke rumah pada hujung minggu.

Keadaan berlarutan pada Ogos hingga awal bulan ini.

Pada pagi kali terakhir dirogol pada 5 September lalu, mangsa mengadu sakit perut kepada ibunya tetapi tidak mendedahkan perbuatan bapanya.

Perbuatan itu hanya terbongkar apabila mangsa tidak tahan sakit dan menceritakan hal sebenar kepada guru.

Laporan polis dibuat dan suspek ditahan pada 7 September lalu.
Kredit :
–  www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment