Ratusan kambing mati tengkuk dipatah, mata dikorek kerana sihir di Segamat

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Seorang pengusaha ladang kambing mendakwa diserang dengan pelbagai ilmu sihir kerana sikap dengki masyarakat yang tidak senang dengan usaha yang dilakukan.

Pengusaha Wasilah Farm, Arifin Sabirin melalui catatan di laman Facebook berkata tindakan keji mereka yang dengki itu dilakukan apabila usaha beliau dalam bidang ternakan selama ini mula membuahkan hasil sehingga menjadi sebutan di peringat negeri Johor.

“Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm. Hantu raya, bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang dan malam. Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

“Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah, mata dikorek, mulut dikunyah (manakala) pekerja (sering) sakit (malah) saya sekeluarga (turut) sakit. Kata kawan yang pandai syifaq, penduduk tempatan yang beraja sihir dan mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku,” katanya memetik kenyataan di status tersebut.

Melalui cacatan tersebut Arifin turut mendakwa kerana sering diganggu ilmu hitam itu sehingga dia akhirnya terpaksa memilih untuk berhijrah ketempat lain demi menyelamatkan akidahnya.

“Tahajud, taubat, muhasabah menjadi ubat (namun) aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa dan hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama-lamanya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.

“Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah dan manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah,” ujarnya lagi.

Di akhir catatanya Arifin turut mendakwa banjir besar yang pernah melanda bandar Segamat tidak lama dahulu adalah sebagai balasan dari tuhan ekoran pengunaan ilmu syirik yang semakin berleluasa.

 

Sumber :
– www.smasanews.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Leave a Reply