Ramai pemilik rumah geram atas sebaran akta sewa rumah oleh PPIM ini

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Inilah undang-undang yang tak mahu pemilik rumah war-warkan. Saya amat terkejut bila pertama kali mengetahui info ini pada 2012. Orang dulu tak ada internet, padahal undang-undang ni sejak 1950 dah ada.

Ada seorang pemain hartanah hampir kena ban dari grupnya kerana nak popularkan info dalam gambar ini. Kerana info ini akan merugikan banyak pemilik rumah, jadi ia cuba dirahsiakan sesama depa selama yang mungkin.

Anda pasti tidak tahu, sahabat saya perlu membayar SEAT EXCLUSIVE atau Personal Coaching bagi diberitahu tentang info ini. Sampai kena bayar ribu-ribu kerana tak ramai orang mengetahuinya, jadi akses kepada info ini amat mahal.

Hari ini, undang-undang ini telah popular di tangan PPIM. Maka, ramailah yang geram dan menggigit jari. Semakin sukarlah nak halau penyewa degil, kerana undang-undang menyebelahi mereka.

Berikut, adalah antara tips yang ada dikongsi sesama pemain industri hartanah, bagi ‘menghalau’ penyewa degil:

1) Putuskan bekalan elektrik air. Kerana mereka telah biasa hidup sukar, mereka sanggup pikul air walau rumah setinggi pangsa 12 tingkat.

2) Putuskan bekalan elektrik. Yang bijak sedikit, penyewa degil akan kawtim dengan jirannya untuk berkongsi meter elektrik (tarik wayar). Lagipula, penyewa degil mampu hidup tanpa elektrik.

3) Menyebarkan flyers bersifat ‘surat layang’ bagi memalukan penyewa degil. Penyewa masih kental, katanya “Bagus juga ada orang tahu aku hidup susah.”

4) Menunggu rumah dikosongkan penyewa degil, untuk dikunci. < ini sebenarnya dah langgar akta pun. Tapi, pemilik rumah tak kisah, sebab penyewa degil tak tahu pun.

5) Ada yang sanggup upah bouncer, ketuk pintu hari-hari. Nak hati kental lagi, upah perompak untuk pecah rumah, ni kalau tak ada agama sanggup dibuat juga. Ada 1 kes pernah saya dengar dari rakan sendiri.

6) Tawarkan rumah pengganti, dengan sewa lebih murah dan percuma 3 bulan sewa baru. Sekali pakej lupakan hutang lama. Padahal tu perangkap je, lepas pindah, owner lama hilangkan diri. Ini kira kes “Passing the pain.”

7) Biar sajalah hartanah tu, sebab dah susah sangat nak halau penyewa degil. Nak lelong pun susah nak laku, kalau bakal pembeli tak tahu, kira rezkilah.

8) Atau sedekah ajelah rumah dia kat penyewa degil. Ni biasanya jenis pelabur hartanah yang baru dia sedar industri hartanah tak seindah dari khabarnya. Dulu ingat nak tamak untung 300% dari flipping, sekarang baru tahu cashflow bulanan minus tercekik.

Persoalannya, adakah benar itu Penyewa Degil, atau Penyewa Susah? Hanya Allah yang tahu.

Dalam hal ni saya tak sebelahi mana-mana pihak. Kadang-kadang, rasa best pula bila pemilik banyak rumah yang tamak akhirnya dapat penyewa degil. Padan muka.

Tapi, adakala kasihan juga, mungkin benar penyewa hidup susah dan pemilik pula yang ditindas.

Industri hartanah, saya doakan Allah berikan menang buat mereka yang benar ditindas, dan pelihara mereka yang ikhlas jujur, setimpal dengan usaha kerasnya. Amin…

p/s: Ada orang tu, siap dah ada Tenancy Agreement siap disclaimer untuk batalkan Akta ini secara spesifik. Kesian… siapalah cikgu dia yang ajar tu. Hitam putih tetap tak dapat atasi Hak Kemanusiaan seorang penginap (penyewa) di rumah itu. Itulah, ikut sangat cakap sifu hartanah yang bulan bintang tu. Hehe.

 

Ditulis Oleh :
Al Irfan Jani


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment