Ramai kutuk suami kerana hodoh dan gemuk, namun kami bahagia kerana…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BANGKOK: Saiz tidak penting. Itulah yang boleh digambarkan terhadap hubungan sepasang kekasih di Thailand yang berakhir di jenjang pelamin walaupun memiliki perbezaan yang ketara.

Puwadol Kumthai atau dikenali sebagai Ball, memiliki badan seberat 120 kilogram manakala pasangannya, Siripa Boonraksol atau Cherry hanya seberat 44 kilogram.

Menurut laporan portal Mirror.uk, bukan setakat perbezaan berat badan, malah ada netizen mempersoalkan bagaimana Cherry yang memiliki rupa yang cantik boleh tertarik kepada Ball yang jelas menghadapi masalah obesiti.

Menjawab persoalan itu, Cherry yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Mission di Bangkok mengakui, dia sedar suaminya tidak kacak dan gemuk.

“Saya sentiasa bangga dengannya kerana dia memiliki hati yang baik dan itu yang paling penting.

“Dia sangat memahami dan kami sering berkongsi segalanya termasuk perasan sedih dan gembira.

“Ramai orang hairan melihat kami dan menggelar Ball sebagai gemuk, tetapi kami tidak kisah kerana saya cintakan lelaki bukan berdasarkan paras rupanya.

“Kami merancang hidup bekeluarga dan tidak sabar untuk melihat Ball menjadi seorang ayah,” katanya.

Sumber :
– www.mstar.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment