Rahsia Yusuf Azmi apabila diuji yang didedahkan kepada pendakwah Ebit Lew


Loading...

Sebak..terkesan dengan sifat dan akhlak Yusuf Azmi. Saya teringin berjumpa dengannya. Sebaik sampai di PPIM, layanan dan sifatnya. Subhanallah, macam dah lama kenal. Menangis bila Yusuf Azmi yang sedang mesyuarat dengan bonzer-bonzer semua datang cium tangan dan peluk. Malu rasa. Saya cina belajar Islam jer…

Paling suka saya dengar, setiap kali beliau diuji dan rasa diri perlu diubati. Beliau baring atas riba isteri. Bacaan Al-Quran dari isteri jadi ubat. Benarkan disebalik seseorang yang disayangi ini rupanya dia paling sayang isterinya. Digelar anja ‘manja’. Dari mula sampai beliau kata, ustaz, isteri saya dah beli buku-buku ustaz. Beli online dah lama dah. Ustaz yang kuat bersama beliau kata, kami teringin nak datang keluargasunnah dan teringin nak dengar ustaz depan-depan. Saya suka dengar orang yang suka puji isterinya. Itu dari sifat orang mulia. Menghargai isterinya…itulah sifat Nabi saw. Bila kita hargai isteri Allah muliakan kita..Subhanallah…


Saya sebak, sebab terharu tengok mereka yang siang malam tolong orang yang dianiaya dan dalam kesusahan. Hanya Allah tahu rasanya bila dianiaya dan rasa tak boleh buat apa-apa. Rasa macam nak mati. Sakit jiwa. Tapi ada orang Islam kerana Allah berjuang tolong orang susah. Hanya Allah yang layak membalasnya..

Beliau juga kata bila-bila jer ustaz berdakwah ke mana-mana kami nak bersama dengan ustaz. Sebenarnya mereka juga dah banyak buat dakwah. Begitulah sifat..

Teringat Nabi saw ialah manusia yang tidak akan biarkan orang susah berlalu tanpa menyelesaikan masalahnya. Banyak saya belajar darinya..

Masa saya sampai pun, saya tengok mereka sibuk tolong urus kes hutang orang dengan along. Betul-betul sibuk.

Sifat lemah lembutnya. Adabnya. Kasih sayangnya. Subhanallah. Rupanya disebalik keberanian dan semangatnyanya beliau orang mencintai keluarganya..

2 orang kuat bersamanya Ustaz Halim dan Abg Ali. Ustaz Halim yang memang penuh sifat rendah diri dan ilmunya. Subhanallah. Abang Ali pula ceritakan hijrahnya dari dulu. Allah selamatkannya asbab dakwah Yusuf azmi. Isteri beliau cina masuk Islam. Saya tanya macam mana orang jawa mengorat cina ni. Jawabnya, bila kita jujur cinta dan sayang seseorang. Jangan tipu dia. Ikhlas sayang. Allah beri rasa cinta tu ustaz. Allah. Nampak bonzer dan ganas demi tugas perjuangan. Rupanya ada kisah cinta yang hebat..

Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada mereka berilah sedikit pada saya..

Saya sokong usaha PPIM 300 peratus. Tahniah, yang bersama dan menyokong persatuan pengguna Islam ini. Saya doakan Allah berkati umur dan sentiasa beri semua kesihatan, Allah selamatkan mereka dari fitnah, Allah berkati keluarga mereka didunia dan bersama di syurga selamanya.

Terima kaseh Ejay M. Daud dan shah abu dani yang aturkan pertemuan indah kerana Allah.

 

Kredit :
Ebit Lew

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares