Rahsia anak luar nikah terbongkar

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

TAMPIN – Seorang ibu muda tergamak mengurung dan meninggalkan anak lelaki bongsunya yang baru berusia tiga tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini seorang diri demi menutup rahsia kanak-kanak itu merupakan anak luar nikah.

Ibu mangsa bertindak demikian kerana dia perlu pulang ke kampungnya di Gemas untuk menguruskan keluarganya.

Kanak-kanak itu ditinggalkan dalam sebuah bilik kecil selama tujuh jam bermula pukul 6 petang kelmarin sebelum diselamatkan polis pada pukul 1 pagi semalam.

Di dalam bilik tersebut terdapat banyak botol air kosong, bekas makanan dan perabot lama. Mangsa yang dalam keadaan bogel dan berbadan kurus ditinggalkan di rumah yang bergelap.

Suami yang baru dinikahi wanita itu juga tidak mengetahui bahawa budak lelaki itu merupakan anak kandung isterinya. Selain kanak-kanak lelaki itu, wanita berkenaan mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan pertamanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak Superintendan berkata, polis pergi ke rumah tersebut pada awal pagi selepas menerima aduan penduduk kampung yang mendengar suara kanak-kanak menangis di rumah berkenaan.

Menurut beliau, polis yang tiba di rumah itu memecah masuk rumah tersebut sebelum membuka selak pintu bilik dari luar tempat kanak-kanak itu dikurung.

“Semasa ditemui kanak-kanak lelaki yang kurus itu berada dalam keadaan bogel dan menangis dipercayai ketakutan kerana bilik dan rumah itu gelap,” kata beliau kepada Kosmo! di sini semalam.

 

DALAM BILIK GELAP, LAPAR DAN KESEJUKAN

“Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi.

Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.

Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

“Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.

Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.

“Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.

Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.

Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.

Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.

“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.

“Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

 

Sumber :
– kosmo


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment