Punca isteri desak cerai, ibu angkat mati dipukul

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Seorang tukang masak sebuah restoran disyaki mendera dengan memukul ibu angkatnya, seorang warga emas hingga mati. Mangsa, 70, yang didera sejak Mei lalu dipukul kerana didakwa menjadi punca desakan isteri suspek, 43, meminta cerai, lapor Kosmo!

Ketua polis daerah Klang Selatan berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah akibat cedera parah di tubuh dan kepala akibat dipukul, jam 9.40 pagi.

“Akibat sering dipukul suspek, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh isteri suspek dengan bantuan ambulans pada 28 Oktober lalu,” kata ACP Shamsul Amar Ramli.

Mangsa yang tinggal bersama suspek dan isterinya disahkan meninggal dunia pagi Jumaat lalu selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Suspek yang ditahan pada 12 tengah malam semalam dan direman sehingga 10 November, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber :
www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment