Pukul wanita dengan besi, Lydiawati didenda RM4,000


Loading...

AMPANG, 9 Jun — Pelakon veteran Lydiawati didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah memukul dengan besi seorang peniaga wanita warga Brunei.

Beliau didakwa menyebabkan kecederaan pada Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, di sebuah hotel di sini, kira-kira 6.30 petang, pada 24 Mac tahun lalu.

Dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, Lydiawati atau nama asalnya Salima Zaimon, 51, membayar denda berkenaan, lapor Harian Metro.

Artis era 1990-an itu menukar pengakuan bersalah hari ini, asalnya dijadual untuk memulakan perbicaraan, di depan Majistret Haslinda A Raof.

Beliau didakwa bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada itu jika bersalah.

 

 

confess-ads

Loading...

Related Posts

Add Comment

Shares