Pindah sekolah: Cikgu Azizan ikut arahan JPN

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEREMBAN – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Azizan Manap, atau lebih dikenali Cikgu Azizan memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan, sama ada akan kekal di sekolah itu atau sebaliknya.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang surat yang dikeluarkan dan diserahkan kepadanya, meskipun musim bersekolahan bakal berakhir 11 hari lagi.

“Saya serahkan semuanya kepada JPN,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai statusnya sama ada kekal bertugas di sekolah yang sama atau sebaliknya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon memberi jaminan akan membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.

Beliau yang sebelum ini menghabiskan masa kira-kira 30 minit berjumpa dengan Cikgu Azizan di Nilai, berjanji akan mendamaikan semua pihak yang terlibat.

Katanya, kes tersebut memberi impak besar kepada profesion perguruan dan ia perlu dilihat melalui pelbagai sudut.

 

Sumber :
– www.sinarharian.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment