Pikat isteri orang, polis mahu panggil Syamsul Debat

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SEREMBAN, 28 Mac—Polis sudah memulakan siasatan berhubung kes dakwaan penceramah bebas Syamsul Debat terlibat dalam skandal dengan isteri orang. Ketua polis Negeri Sembilan berkata setakat ini pihaknya selesai merakamkan percakapan seorang pengadu dan dijangka dapat mengambil keterangan semua pihak lain yang terlibat dalam masa terdekat, lapor Kosmo!.

“Kita telah mengambil keterangan daripada seorang pengadu lelaki. Kita juga akan mendapatkan keterangan daripada semua pihak untuk melengkapkan siasatan.

“Selain itu kita juga mengumpulkan bukti dan dokumen berkaitan untuk kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat isteri orang.”

Syamsul Debat, atau nama sebenar Syamsul Amri Ismail, 41, dalam sidang media minggu lalu menafikan dakwaan itu susulan wujud satu laporan polis dibuat terhadapnya.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment