Perokok tidak layak terima zakat, derma, kata Dr Asri

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 5 Mei ― Perokok tidak layak menerima zakat mahupun derma kerana mereka ‘orang kaya’, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis berkata, perokok membazir wang untuk perkara sia-sia sedangkan harga rokok sekarang ini mahal.

“Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu,” katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebook, hari ini.

Katanya perokok tidak termasuk dalam asnaf fakir ataupun miskin sehingga perlu meminta bantuan zakat ataupun bantuan kewangan lain.

“Wajarkah beliau (perokok) diberikan zakat ataupun derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya pasti menjawab tidak! Carilah orang yang benar-benar miskin,” katanya.

Beliau juga menyifatkan perokok merosakkan diri sendiri dan individu di sekitarnya.

 

Sumber :
www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment