Perbualan Jin melalui FB Messenger dengan ustaz ini adalah benar, bukan rekaan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Kita biasa mendengar perbualan jin dengan manusia melalui cara percakapan secara bersemuka iaitu dengan cara merawat pesakit yang disyaki terkena gangguan makhluk halus, tetapi pernahkan kita terfikir jin juga berupaya menggunakan teknologi yang ada sekarang ini seperti media sosial untuk menghantar pesanan kepada orang lain ?

Menerusi sebuah status yang dimuat naik oleh akaun Facebook dikenali sebagai Urban Muallij, beberapa screenshot yang didakwa oleh pemilik facebook tersebut dimana mereka berbalas mesej dengan jin dipercayai menggunakan Facebook Messenger. Kejadian ini dikatakan berlaku pada pasangan suami isteri yang mana facebook yang telah digunakan itu adalah milik suami. Mesej dihantar kepada seorang ustaz yang mengendalikan page Urban Muallij dan menerusi mesej-mesej yang dihantar, secara jelas jin tersebut mahu mendekati semula isteri kepada pasangan ini kerana dikatakan “sangat rindu”.

Ikuti perbualan pada screenshot di bawah ini :

 

 

Screenshot perbualan terakhir daripada Jin

 

Ini pula screenshot perbualan dari suami yang sebenar

Melalui pendedahan screenshot di atas ini, pelbagai reaksi yang timbul dalam kalangan pengguna facebook. Ada yang seram, ada yang fikir perkara ini lawak dan hanya nak popularkan page tersebut atau sekadar gimik perubatan alternatif.

Namun, beberapa pengguna facebook yang lain turut mengiayakan perkara ini kerana telah mengalaminya dan mempunyai pengalaman tersendiri. Malah ada juga yang pernah mengambil rawatan daripada Urban Muallij dan mengaku ia adalah perkara yang tidak mustahil boleh terjadi.

Salah seorang pengguna facebook Fiesya Nafisa mengakui pernah mengalami perkara yang sama tapi agak kompleks, komen beliau :

Fiesya Nafisa Penah juga berlaku.. isteri kwn kena rasuk..hilang ke mana ntah. Tetiba hilang.. Kami dalam kereta pegi la cari dia. Pastu tetiba bini dia msj saya. Saya cakap kt mana.. dia jawab ada dlm 7e. Prgi tak ada. Pastu ada satu msj nie saya tak tulis pun tapi dia cakap. Aku pinjam dia sekejap. Tanya kawan2 lain apa maksud nie. Padahal tak taip pun. Lastly jumpa kt damansara. Yg hairan beg dia ada je dgn laki dia. Bila tanya..dia dlm separuh sedar. Baca 3qul..buka ruqyah bagi bini dia dengar. Alhamdulillah terus okay. Kwn minta la fon kt bini dia nk tgk msj kami tu. Tapi kt dia takda pun yg ckp nak pinjam sekejap tu.

Urban Muallij Menarik pengalaman ni

Fiesya Nafisa Nie salah satu pengalaman saya..Ustaz kalau saya dari kecik boleh nampak benda nie maksudnya ada benda dlm bdn ? Masa tu saya duk luar rumah baru pindah umur dlm 8tahun. Saya nampak mata merah tgk saya. Tu first. Lepas tu nampak lagi benda berbulu besar muka pun berbulu garang mata merah(hantu raya). Masa tu bawah tangga. Kt rumah nenek saya. Start tu saya kerap nampak. Sampai skrg. Penah tnya ustaz skolah. Dia ckp satu kelebihan. Tapi dia minta saya jgn tutup mata hijab sbb saya penah buang kwn saya kena rasuk. Niat saya yg berkuasa hanyalah Allah Ta’ala. Saya juga penah bercakap dgn benda tu..sbb saya ingatkan manusia macam2 lagi la ustaz.

Urban Muallij Dapat lihat jin adalah KEKURANGAN, bukan Kelebihan.

Fiesya Nafisa Thank. Btw macam mana pulak ustaz dapat merawat kalau takdapat melihat. Adakah ia melalui firasat @ 6th sense ?

Urban Muallij tak perlu lihat, tak perlu firasat atau 6th sense. Sekadar bacaan ayatul quran (ruqyah) sahaja. Sebagaimana dijelaskan dalam ayat di bawah

Surah Al-Israa’ Ayat 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” {17:82}

Mengikut komen daripada pengguna Hawari Hanafi pula, beliau turut mempunyai pengalaman yang hampir sama :

Hawari Hanafi Saya pernah ada 3 pengalaman sepanjang 2015-2016. Pertama, seorang perempuan yang baik dan lemah lembut kena kerasukan dan call ayahnya. Cakap kurang ajar dengan bapaknya sehingga mengucap panjang bapanya. Saya dengar sendiri sebab buat loud speaker.

Kes kedua, jin dalam badan seorang pesakit perempuan call bapanya untuk minta maaf sebab hantar “angin” kepada bapa dan adikknya.

Kes ketiga, kes perempuan tua yang kerasukan penuh. Langsung tak sedar apa yang berlaku. Dia hantar sms kepada saudara mara dan anak2 sehingga habis bergaduh dan salah faham antara satu sama lain.

DAH SELALU KENA KAAU. DAH LAMA MASUK KELUAR

BAGAIMANA JIN BOLEH GUNA HANDPHONE ?

Namun, tak ramai juga pengguna yang musykil dengan perkara ini dan menganggap ia sekadar gimik bahkan ada yang mengatakan admin page ini adalah penunggang agama. Ini jawapannya :

KENAPA ADA “TYPO?” JIN HANTAR MESEJ SIAP TYPO LAGI ?

BEKAS PESAKIT BERTERIMA KASIH

Kredit : 
Editorial MyNewsViral


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment