Penulis manifesto PH akui janji sukar dilaksanakan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengakui terdapat kelemahan dalam manifesto Pakatan Harapan sekali gus berpendapat ada di antara janji tersebut sukar untuk dilaksanakan.

Menurutnya yang juga salah seorang penulis manifesto tersebut, beliau tidak dapat mengakses kepada maklumat atau data tertentu, menyebabkan wujud kelemahan dalam manifesto berkenaan.

“Sebenarnya, pada waktu saya menulis, saya sentiasa sedar bahawa ada satu kelemahan yang amat ketara yang saya hadapi iaitu saya tidak ada, pada waktu itu, data terkini mengenai status kewangan negara.

“Maka saya tidak dapat membuat anggaran berapa kos sebenar yang perlu dibayar untuk melaksanakan program-program yang saya sendiri tuliskan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menyebut manifesto itu hanya sebagai panduan dan kerana itu terdapat beberapa perkara dalam janji tersebut berkemungkinan tidak boleh dilaksanakan oleh PH.

Mengulas lanjut, kata Wan Saiful, beliau bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir itu, namun, menegaskan ia bukan alasan untuk tidak melaksanakan perkara yang termaktub dalam manifesto tersebut.

Namun, jika tidak mampu PH perlu mengakui kegagalan tersebut.

“Dengan kekangan yang ada, saya sendiri sebagai penulis terfikir bahawa benda ini (janji-janji) susah sebab tak ada maklumat tentang apa yang boleh buat dan tak boleh buat. Apa yang disebut Tun (Dr Mahathir) itu penting untuk kita terapkan pemahaman kepada masyarakat bahawa dokumen ini panduan bagi kita.

“Mana yang boleh laksana kita boleh laksana, mana yang sukar untuk dilaksanakan kita kena usaha, mana yang tak boleh laksanakan kita kena mengaku, inilah realitinya,” katanya.

Sumber :
– http://www.sinarharian.com.my/politik/penulis-manifesto-ph-akui-janji-sukar-dilaksanakan-1.857721


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment