Pengantin 11 tahun pulang ke Thailand selepas ‘tekanan besar media’

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BANGKOK: Seorang pengantin berusia 11 tahun pulang ke Thailand minggu ini selepas perkahwinannya dengan seorang lelaki Malaysia yang 30 tahun lebih tua daripadanya dibantah pelbagai pihak, kata seorang pegawai kepada AFP hari ini.

Di Malaysia, umat Islam berusia 16 tahun ke bawah hanya boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah syariah dan ibu bapa mereka, tetapi perkahwinan kanak-kanak itu dengan lelaki dari Gua Musang, Kelantan mencetuskan gesaan untuk menamatkan perkahwinan bawah umur.

Pernikahan mereka berlangsung Jun lalu di wilayah selatan Thailand yang bermajoriti Islam, Narathiwat, di mana gadis itu pulang Rabu lalu selepas “tekanan besar daripada media Malaysia”, kata Gabenor Narathiwat, Suraporn Prommool.

Kanak-kanak 11 tahun itu ialah isteri ke-3 peraih getah sekerap itu.

Suraporn berkata, kanak-kanak itu sedang menjalani kaunseling kesihatan mental disebabkan tahap tinggi perhatian terhadap perkahwinannya.

Katanya, perkahwinan itu tidak diiktiraf undang-undang sivil Thailand, tetapi mendakwa ia dilakukan di bawah sebuah majlis agama Islam di Narathiwat dengan persetujuan ibu bapanya.

“Kami tidak boleh buat apa-apa (untuk membatalkan perkahwinan itu) kerana mereka berkahwin di bawah undang-undang syariah.”

Lelaki itu bagaimanapun boleh dihukum penjara 6 bulan, jika dia didapati tidak mendapat kebenaran di Malaysia.

Kanak-kanak 11 tahun itu dilahirkan di Thailand kepada ibu bapa yang bekerja di ladang getah Malaysia dan Suraporn berkata, beliau tidak boleh berbahasa Thai.

Aktivis Malaysia berkata, kira-kira 16,000 gadis berusia 15 tahun ke bawah sudah berkahwin.

Seorang wakil agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unicef mengecam kes itu “mengejutkan dan tidak boleh diterima” serta mendesak kerajaan baru Pakatan Harapan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.

 

Sumber :
– http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/11/pengantin-11-tahun-pulang-ke-thailand-selepas-tekanan-besar-media/

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment