Pemuda dijemput ajal, tidak sempat hantar foto cincin tunang

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

BALING, 6 Mac — Seorang pemuda maut dalam nahas motosikal sewaktu ingin menghantar foto cincin pertunangannya yang bakal disempurnakan 26 Mac ini.

Mohamad Adnin Ramatallah, 28, mahu menunjukkan rupa cincin itu kepada Nur Azkiah Ahmad melalui WhatsApp tetapi tiada liputan internet, lapor Kosmo!.

Pemuda itu, yang terpaksa ke pekan Baling dari rumahnya di Taman Aman, maut terlanggar babi hutan di Jalan Charuk Nau kira-kira 10 malam Sabtu lalu.

Nur Azkiah, 23, berkata bakal tunangnya itu menghubunginya pada jam 8.25 malam untuk menghantar gambar cincin yang baru dibeli ibunya.

“Arwah kata akan keluar mencari liputan internet tetapi selepas itu hati saya berdebar dan berasa tidak sedap hati sebelum diberitahu Adnin kemalangan,” katanya.

Polis berkata siasatan mendapati cebisan bulu haiwan itu terlekat pada motosikal Yamaha Nouvo LC yang ditunggangi mangsa.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment