Pelik, setahun hilang di Madinah, akhirnya Nor Azimah pulang ke Malaysia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Selepas dilaporkan hilang di Madinah sejak 19 Disember 2015, Nor Azimah Ibrahim, 32, selamat tiba di KLIA hari ini.

Menurut BH Online, Nor Azimah tiba kira-kira jam 12 tengahhari tadi menaiki pesawat MAS dari Jeddah.

Kepulangan Azimah itu disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat yang berkata Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lalu selepas pejabat kosul dihubungi pihak berkuasa Arab Saudi.

Ketika itu, pegawai pihak berkuasa terbabit memberitahu Nor Azimah ditahan di pusat tahanan imigresen di Makkah.

Sejak dari itu, pejabat konsul berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia dengan menguruskan semua dokumen yang diperlukan,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Difahamkan juga, Nor Azimah dijemput kedua ibu bapanya di KLIA.

Nor Azimah mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Pada 2015, Nor Azimah berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada tarikh 11 Disember.

Namun pada hari kejadian, Nor Azimah tidak mengikuti ibu bapanya ziarah ke tempat bersejarah di Madinah kerana mahu menumpukan ibadat di masjid sebelum hilang.

Bapa Nor Azimah merakamkan penghargaan atas bantuan yang diterima bagi membawa pulang anaknya itu.

Hari ini, selepas lebih setahun, kami dapat bertemu kembali dengan anak kami. “Kami belum bertanya kepada Nor Azimah apa yang berlaku sepanjang kehilangannya di sana,” katanya.

Berita kehilangan Nor Azimah pernah menggemparkan negara tahun lepas apabila kes itu mendapat liputan meluas dari media-media tempatan.

Sumber: BH Online


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment