Pelantikan menteri tanpa restu PKR, dakwa Rafizi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Rafizi Ramli mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

“Keputusan dibuat tanpa penyertaan kami (dalam perbincangan). Dia ‘melanggarnya’…proses perbincangan yang sepatutnya tidak berlaku,” kata naib presiden PKR itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum itu, beliau dalam kenyataan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berjalan.

“Sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti HARAPAN,” katanya.

Dalam sidang media petang tadi, perdana menteri mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Mahathir berkata, ketiadaan wakil PKR dalam pengumuman itu mengambil kira presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sudah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan menteri kabinet dibuat Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat daripada perdana menteri.

RUNDINGAN JEMAAH MENTERI MASIH BERJALAN DAN BELUM DIMUKTAMADKAN

Saya merujuk kepada pengumuman yang dibuat YAB Tun Mahathir Mohamad sebentar tadi mengenai perlantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan iaitu Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Saya telah ditanya mengenai ketiadaan wakil KEADILAN di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman perlantikan.

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang menjadi latar belakang kepada pengumuman tersebut:

1. KEADILAN beranggapan perbincangan masih berjalan dan pengumuman yang dibuat tidak muktamad; dan

2. Sebarang keputusan mengenai apa-apa perlantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan.

YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sedang dalam perjalanan untuk berbincang dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai perlantikan-perlantikan ini.

KEADILAN yakin proses rundingan yang mengikuti semangat muafakat akan membantu mengukuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

 

Sumber : 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment