Pelajar perempuan tingkatan 3, SMK Bandar Sri Damansara pijak kepala junior

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Petaling Jaya: Pelajar perempuan tingkatan satu cedera di kepala dan bahu dipercayai dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga di sekolah di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah terbabit yang memaklumkan pelajarnya cedera akibat dipukul pada 3.15 petang.

Katanya, sepasukan anggota polis ke lokasi bagi tindakan lanjut.

“Siasatan awal dilakukan berdasarkan percakapan saksi mendapati mangsa berselisih faham dengan dua pelajar perempuan tingkatan tiga.

“Akibat perselisihan faham itu, seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

“Mangsa yang cedera di kepala dan bahu di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya.

Gambar individu yang dipercayai suspek utama kejadian yang dimuatnaik oleh bapa mangsa.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan dua suspek terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

Sumber :
– http://www.hmetro.com.my/node/208615

 

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment