Pelabur hartanah babi, beli rumah murah RM100k dan bagi sewa tinggi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Pelabur hartanah BABI

“Pelabur hartanah babi, beli semua rumah mampu milik sampai orang lain yang nak duduk sendiri tak boleh beli”.

“Pelabur hartanah babi, beli rumah murah RM100k dan bagi sewa tinggi”.

“Pelabur hartanah babi, buat kelas kesedaran ajar orang jadi kapitalis”.

Bang, sabar bang. Bang, kau pernah dengar rumah kos rendah, rumah selangorku, rumah mampu milik N9, rumawip dan rumah mesra rakyat?

Bang, kau tahu ke pelabur hartanah tak boleh beli rumah-rumah yang aku sebut di atas? Aku bagi contoh rumah kos rendah di Selangor, syaratnya ketat, hanya pemilikan rumah pertama sahaja, pendapatan seisi keluarga di bawah RM5k, bekerja atau menetap di Selangor/lembah klang. Bang, pelabur hartanah tak boleh beli secara pukal pun rumah kos rendah ni bang. Syaratnya ketat, kelulusannya pun sukar.

Bang, aku banyak pengalaman jual rumah kos rendah ni. Bila bawa pembeli yang nak beli rumah pertama, 90% pembeli tak mahu beli sebab rumah kecil, kawasan tak cantik, flat buruk. Padahal harganya murah bang, majoriti dalam kadar RM130k dan ada yang serendah RM70k. Tapi bang, orang-orang yang maki pelabur hartanah babi ni la yang mati hidup semula pun tak mahu beli.

3

2

KAU TAHU KE RUMAH NI TAKLEH JUAL DAN TAKLEH BAGI SEWA ?

Bang, kau tahu ke rumah Selangorku, rumah mampu milik N9 dan rumawip tidak boleh dijual semula dan tidak boleh disewakan? Kau tahu tak ada rumah mesra rakyat harga RM60k, siap ada subsidi kerajaan, bayar bulan-bulan RM200 saja ?

Bang, pelabur hartanah tak boleh dan tak layak pun beli rumah macam ni, rumah macam ni memang untuk orang yang memerlukan dan tak sesuai untuk pelaburan. Tapi, kau dengan kawan-kawan kau pun tak mahu beli bang, katanya rumah kecil, jauh dari tempat kerja, rumah bertingkat tak selesa untuk keluarga.

Bang, memang babi pelabur hartanah ni bang. Kau tengok Abe Nazz Zain, babi dia ni galakkan orang melayu beli hartanah “undercon”. Kau tengok bang harga rumah yang dia beli, aku bagi gambar kat bawah.

1

 

Ada lagi bang, Mohd Hafiz Bin Kamaruddin dan Ali Majis pun babi banyak beli rumah. Bang, kau tengok rumah yang diorang beli lelong, flat-flat apartment buruk yang orang tak nak, kat bukit beruntung, yang korang tengok pun tak lalu. Aku baru teringat bang, Faizul Ridzuan selalu buat kelas kesedaran, punyalah babi ajar orang jadi kapitalis. Bang, dia tak bagi pun anak didik dia beli rumah murah-murah ni, cina india datang bang menuntut ilmu dari dia, kau pula asyik babikan orang.

Zaidi Ismail dengan Mukaram M Jamin, ini korang cakap babi juga bang bila mereka buat sublet sewakan mengikut kepala. Bang, kau ingat semua orang macam kau ke dah kahwin nak sewa satu rumah, bersepah manusia kat luar sana hanya perlukan bilik bang, cukup sekadar menyewa untuk seorang diri yang bujang.

INGAT KAU SORANG JE DUK DEPAN FB BABI KAN ORANG ?

Shafie Bustan buat homestay pun kena babi juga ke bang? Orang sekali sekala nak bercuti bang, sewalah homestay boleh main masak-masak, nak sewa hotel tak sesuai duduk ramai-ramai. Ingat semua orang macam kau ke bang bila cuti duduk depan laptop main FB babikan orang.

Bang, aku beli flat buruk Sri Nilam dua tahun lepas, aku datang tengok rumah ada penyewa, aku tanya berapa lama dah menyewa dia cakap dah 7 tahun bang.

Aku tanya dia bang, kenapa tak beli rumah ni, aku nak suruh dia beli, dia cakap dia nak cari rumah yang selesa. Sedih aku bang, sampai sekarang dia masih menyewa, inilah masalah mentaliti “orang kita”. Yang beli satu blok rumah murah tu bukan pelabur hartanah bang, itu perogol hartanah. Dah la bang, letih dah aku babikan orang ni.
Moga kau ketemu bang rumah superlink 24×80 kaki persegi sebelah KLCC berharga RM60k.

 

Kredit :
Izzat Ismail
MyNewsViral

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags: ,

Related Posts

Add Comment