“Patutlah kau yang kena jaga anak, payahlah macam ni! Sakit tau tak?” – Suami

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Kami duduk bersembang. Punya lama rancang nak mengeteh, akhirnya berjaya. Kawan saya yang ini merupakan antara yang sebaya saya yang dah berjaya pegang jawatan dalam syarikat-syarikat besar.

Namun, saya agak terkejut apabila beliau meletakkan jawatan dan kini bekerja sendiri. Mula balik ke China beli barang kemudian sewa kedai, berjual macam-macam.

Isteri tidak bekerja dan punya 6 orang anak. Saya suka sekali apabila beliau bercerita momen beliau dengan anak-anak.

Dalam tempoh berbelas tahun beliau bekerja, beliau langsung tak ambil tahu tentang bagaimana isteri handle semua anak-anak. Yang beliau tahu ialah update tanya yang itu dah ke sekolah? Yang ini dah bangun dan sebagainya.

Beliau sudah terbiasa keluar awal pagi sebelum jam 7 kemudian pulang lewat. Ada juga ke luar negara dan semua itu hanya kehidupan beliau yang normal. Namun apabila berhenti kerja, hari pertama beliau di rumah sudah macam-macam hal.

Katanya dia terkejut buat kali pertama sepanjang berbelas tahun berkahwin, anak-anak naik ke katil dan melompat ke atasnya. Punyalah happy tengok bapa ada di rumah. Kemudian, masuk sahaja bilik air, sekejap-sekejap ada yang ketuk. Tanya “daddy ada kat dalam tu ke?, daddy? Hello daddy, are you there?”

Saya terkesan benar apabila beliau cerita 1 hal. Semasa duduk untuk sarapan, salah seorang anaknya menepis cawan lalu air kopi yang baru sahaja diletakkan di tepi beliau tumpah semuanya ke badan.

Dan kawan-kawan, mengenali kawan saya yang ini, beliau memang nak air mendidih untuk dibuat kopi untuknya. Dari zaman muda sampai sekarang, sama. Kalau kami pergi mengopi, dia akan pesan untuk airnya itu dibuat dari air yang mendidih. Huhu.

Beliau terlepas cakap ke orang rumahnya “patutlah kau yang kena jaga anak, payahlah macam ni! Sakit tau taaak?”

Lalu dia menjerit-jerit dan isterinya membawa beliau ke klinik. Ada melecur di bahagian badan dan semua anak-anak jadi ketakutan. Isterinya memohon maaf berkali-kali kepadanya dan beliau kata, dia tak tahu kenapa isterinya bersikap begitu.

Marah anak-anak, marah beriya, namun dengan kawan saya ini, isterinya merayu memohon ampun kerana tak reti jaga anak.

Hari berlalu. Sampai cecah minggu, ada macam-macam benda yang berlaku dalam rumah. Jika dulu keluar awal pagi. Kini dalam jam 10.00 pagi baru keluar. Dan dia dapat lihat teruknya isteri beliau di rumah.

Bangun konsisten 4-5 pagi setiap hari, tak pernah miss sediakan sarapan anak-anak. Kemudian uruskan yang 2-3 untuk ke sekolah. Siap semua, sidai baju, bersihkan dapur dan sebagainya sampailah suaminya pergi ke kedai, masih duk buat berbagai-bagai kerja.

Barulah kawan saya ini terfikir, ada banyak parut di tangan isterinya, ada kena oven masa bakar roti, kemudian anak pergi tutup time tangan mak masih di dalam. Juga ada kesan gigitan di betis, lengan, badan, pernah berlaku digigit di pipi sampai berdarah. Namun isterinya tak pernah merungut. Bagi isterinya, itulah kerja beliau di rumah.

Pernahlah dia balik dari oversea dan tanya kenapa jalan terhencut-hencut, kata isterinya ada anak ke berapa entah pergi main air di singki sampai melimpah kena lantai. Lalu dia terjatuh dan kakinya terseliuh teruk. Dah bengkak dan perlu dibawa ke hospital.

Pun dia tak merungut sampailah berjumpa doctor, ambil ubat dan dia boleh cakap ke anak-anak depan doctor “ha yang inilah yang main air tu doctor, saya dah marah dia, biar dia tengok mama dia sakit. Ha kalau mama sakit teruk siapa nak jaga awak?”

Suami dah sibuk di luar cari rezeki. Itu kerja lelaki. Dan beliau, kena jaga 6 cahaya mata yang macam-macam hal perangainya. Itulah hakikat yang perlu ditelan. Namun, hasilnya best. Yang sulong sudah hafal 11 juzuk Al-Quran. Masa kecil memang nakal, namun dah sekolah, elok sahaja. Yang paling kecil paling kuat menggigit umur 2 tahun. Seram pula dengar. Haha.

Kata beliau kepada saya,

“Rul, orang rumah ni kalau dia tak merungut, kau tak payahlah marah-marah kalau ada benda kecil yang anak kau buat. Rumah bersepah ke, rumah tunggang terbalik ke, biar jelah. Aku menyesal tersebut bab pergi sound tak pandai jaga anak tu.

Aku hanya rasa sekejapan ja duduk di rumah dan air tumpah ke badan aku. Memang parut kat perut, namun isteri aku ada lagi banyak. Dan dia diam je.

Sungguhlah, reda tu penting. Dia graduate, dia berhenti kerja sebab time tu gaji aku dah stabil. Dia sanggup gadaikan semua benda dia belajar demi nak jaga anak. Kalau ikut, boleh je dia pilih untuk bergaji macam aku.

Kita orang lelaki, memang Allah beri sabar tu lebih. Namun selalu tak kena pada tempatnya. Dengan kawan kemain kita boleh sabar macam-macam, dengan orang rumah, kita boleh sound beriya. Hargai weh, hargai.”

Kami berpisah malam itu dan saya bayangkan benda yang sama.

Ada orang dia fikir dia dah kerja teruk dan dia tak nampak apa yang isterinya buat di rumah. Ada sahaja benda tak kena, dia pergi marah, dia luahkan semuanya seperti memukul punching bag. Jadilah perempuan itu yang mendengar segalanya lalu memendam rasa.

Di simpan dalam hati bimbang-bimbang tak dapat reda suami. Padahal dia dah lakukan segala yang terbaik untuk seisi keluarga. Sudahlah dia yang mengandungkan anak-anak kita, kemudian besarkan seorang diri, kita pula tahu marah dan luah sahaja ikut hati. Ya Allah berdosanya kita.

Itulah orang rumah kita kawan-kawan.

Kadang-kadang, orang lelaki ini kena belajar bagaimana emak kita bersabar. Walau Allah kata kitalah yang paling hebat untuk mentadbir, menjadi ketua dan sebagainya, namun Allah kata, reda seorang lelaki yang nak ke syurga Allah itu adalah dari seorang ibu. Dan ibu itu adalah seorang wanita. Yang mana kaum itu juga merupakan isteri dan ibu kepada anak-anak kita.

Bertuahlah badan dapat isteri yang penyabar, reda dan taat. Dan kita sebagai suami, hargailah sebaik-baiknya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Penasihat Bapa-Bapa Insaf Sedunia. Huhu.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment