Pakai tali pinggang keledar bawah tudung, tetap disaman. Salah pemandu atau polis ?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Assalamualaikum. Pagi tadi saya telah disaman sebab memakai tali pinggang di bawah tudung yang saya pakai. Pegawai yang mengeluarkan saman ni telah menahan saya dgn alasan pegawai lain yang di hujung jalan sebelum saya sampai di sana nampak sy xpakai tali pinggang. Padahal masa dia tahan tu, dia sendiri nampak sy masih lagi pakai tali pinggang di bawah tudung sy. Tapi dia tetap minta lesen & keluarkan saman. Kedengaran lagi suara di walkie talkie dia tu suara pegawai yang di corner tadi. “Yaaaa yang pakai tudung tu. Dia xpakai tu tadi. Saman ja, kalau x, aku yg dtg pi situ saman dia.” Pastu pegawai yang kasi keluar saman tu cakapla mgkin sy baru ja tarik tu tali pinggang kunun.

Jadi sy turun dari kereta & cari pegawai atasan yang ada di sana. Sy explain la apa yang jadi. Pastu dia senyum2 pastu dia ckp “kenapa pakai bawah tudung? Mana la kami nampak?” Sy cakap la “Sebab xmo nampak bentuk badan tu lah pakai di bawah tudung”. Terus dia ckp “Kami bukan MALAIKAT nampak semua. Tudung cik pun bukannya tebal sangat pun.”


Sudahlah dia menuduh, macam2 lagi dia cakap. Dia cakap lagi “Lain kali pakai di luar tudung supaya kami nampak, xlah kami saman.”

Ada ka undang2 begini? Mohon penjelasan luk ba. Apa komen kamu? Salahkah perempuan yang pakai tudung pakai tali pinggang di bawah tudung dorang?? Bayar saman RM150 untuk kesalahan yang x dibuat pun!

 

Kredit :
– Facebook Yoep Tze King 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment