Pakai jam sebelah kiri tangan ikutan daripada barat ?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Timbul pulak hukum baru memakai jam tangan kiri barat ajar…pengalaman aku tengok Baba Eil atau ulamak lain ada yang pakai tangan kiri bahkan ada yang pakai cincin 2 jari kiri dan kanan tak perlu timbul isu ikut barat atau setan atau dajjal…nak pakai belah mana silakan jangan nak ajak orang ikut pakai tangan kanan alasan nabi suka kanan dah tu orang pakai kiri ikut barat ja. Tak mau ikut barat jangan pakai FB, jangan pakai phone, jangan pakai komputer. Kena pakai otak kalau nak menulis.

Betulkah kita dilarang memakai jam alik kiri hanya sebab ia bercanggah dengan sunnah nabi dan kiri itu kesukaan syaitan ?

1.Berbalik kepada soalan di atas, iaitu mengenai memakai jam dan gelang tangan, oleh kerana ia adalah perhiasan, melihat kepada ukuran dan kaedah di atas, disunatkan di sebelah kanan kerana memakai perhiasan termasuk dalam kategori urusan-urusan yang mulia. Ia tidaklah wajib kerana tiada nas yang mewajibkannya tidak sepertimana wajib makan dengan tangan kanan tadi kerana ada nas yang mewajibkannya. Malah jika kita melihat kepada pemakaian cincin oleh Rasulullah, ada hadis menceritakan Rasulullah memakai cincin di sebelah kanan dan ada juga hadis baginda memakainya di sebelah kiri .

2. Ketika jam tangan muncul pertama kali dikenal, orang-orang memakainya di tangan sebelah kiri dengan maksud agar tidak ada sesuatu pun di tangan kanan yang akan mengganggu geraknya. Pada umumnya, gerakan tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri, sehingga orang-orang pun memakaianya di tangan kirinya supaya lebih selesa untuk bergerak. Selain itu, kerana tangan kanan sering digunakan untuk lakukan aktiviti sehingga khuatir jam tangan akan rosak jika dikenakan di tangan kanan. Ada sebagian orang yang menyangka bahawa yang terbaik dan lebih utama mengenakan jam tangan di tangan sebelah kanan, mengingat terdapat dalil yang menunjukkan anjuran mengutamakan tangan kanan. Akan tetapi sangkaan ini tidaklah benar kerana terdapat hadits yang menunjukkan bahwa Nabi memasang cincinnya di jari tangan kanan. Dan kadang kala beliau memakai cincinnya di jari tangan kiri. Boleh jadi mengenakan cincin dengan jari tangan kiri itu lebih utama agar tangan kanan bisa dengan mudah melepas cincin jika diperlukan.

Kembali pada masalah jam tangan, kita menyamakannya dengan cincin. Sehingga tidak ada kelebihan tangan kanan ataupun tangan kiri dalam mengenakan jam tangan. Ada kelonggaran dalam masalah ini. Kita boleh mengenakan jam tangan di tangan kanan, dan boleh juga di tangan kiri. (lihat Syarah Riyadhus Shalihin Cetakan Dar wathan Juz 7 hal 184).

ADA 4 FATWA BERKAITAN PAKAI JAM TANGAN KANAN ATAU KIRI

1.Fatwa pakai jam tangan kanan takpa, tangan kiri takpa:

لبس الساعة في اليد اليمنى أو في اليد اليسرى للرجال

س ‏:‏ هل يجوز لبس ساعة اليد في اليد اليمنى أو في اليد اليسر للرجال‏؟‏

ج ‏:‏ الأمر في ذلك واسع، فيجوز لبسها في اليمنى أو اليسرى للرجال والنساء كالخاتم‏.‏ وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم‏.‏

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
الرئيس‏:‏ عبد العزيز بن عبد الله بن باز
نائب الرئيس‏:‏ عبد الرزاق عفيفي
عضو‏:‏ عبد الله بن غديان

2. Fatwa pakai jam tangan kanan takpa, tangan kiri takpa ,tapi kiri lebih baik sebab kanan buat kerja.

جواب فضيلة الشيخ العثيمين رحمه الله
السؤال: يقول ما حكم الشرع في نظركم فضيلة الشيخ في لبس الساعة باليمين؟

الشيخ: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وأصلي وأسلم على نبينا محمدٍ وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين لبس الساعة باليد اليمنى أو اليسرى على حدٍ سواء لأن أقرب ما يكون إليها الخاتم وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم أنه كان أحياناً يلبس الخاتم باليمين وأحياناً يلبسها باليسار فالساعة أقرب شيء إلى الخاتم فمن لبسها باليمين فهو على خير ومن لبسها باليسار فهو على خير ولكن أكثر الناس اليوم يلبسها باليسار لأن اليمين أكثر شغلاً من اليسار وإذا لبسها أي لبس الساعة باليمين فقد تعيقه عن الشغل وربما تتعرض لانكسار أو تخلخل فلهذا اختار أكثر الناس أن يلبسها في اليسار ولا حرج في هذا ولا فضل لليمين عن اليسار في هذه المسألة.

المصدر :
فتاوى نور على الدرب

3. Fatwa kepada 2 hukum :

المجيب الشيخ/ علي باروي

السؤال: هل يجب على الرجل أو المرأة أن يضع الساعة في يده اليمنى؟ وما رأيك في ذلك إذا وضعها شخص في يده الشمال؟ وهل في ذلك دليل على أن توضع في اليمين؟

الجواب وبالله التوفيق:

لبس الساعة من الرجل أو المرأة واسع، فقد تُلبس الساعة باليمنى أو اليسرى من اليد، وأما عن الأفضل فإن المتأخرين من أهل العلم اختلفوا على قولين:

i) Elok tangan kanan :

القول الأول: أن الأفضل لبسها في اليد اليمنى، مستدلين بحديث عائشة ل في الصحيحين، قالت: «كان صلى الله عليه وآله وسلم يعجبه التيمن في تنعله وترجله وطهوره وفي شأنه كله» ووجه الدلالة من الحديث: أن الأفضل التيمن في كل الشأن؛ ولأن فيه -أي:لبس الساعة في اليمين- مخالفة للكفار.

ii) Elok tangan kiri :

القول الثاني: أن الأفضل لبس الساعة في اليد اليسرى، قياساً على الخاتم، فقد كان يلبسه صلى الله عليه وآله وسلم في يده اليسرى؛ ولأن اليمنى دائماً يستعملها الإنسان فقد يتلفها بصدمها عند الاستخدام، وهذا ليس من باب التشبه بالكفار؛ لأنها وسيلة لضبط الوقت وليس منها قصد إلا ذلك، وهذا القول قوي من جهة المعنى.

والله أعلم.
تاريخ صدور الفتوى: 1423هـ

4. Jika kidal pakai tangan kanan, jika tak kidal pakai tangan kiri :

الفائدة:
ليس هناك مخالفة في لبس الساعة في اليمين , لأن هناك نوعان من الساعات أحدهما مصنوعة لليد اليسرى والأخرى لليمنى ويمكن ان تلاحظ ذلك من خلال مكان ضبظ الوقت في الساعة فأن كان باليمين فالساعة لليد اليسرى والعكس , وسبب ذلك هو ان الناس منهم من يعتمد على اليمنى فيلبس الساعة في اليسرى والعكس.
فكيف يمكننا مخالفتهم مع ان الأعسر منهم يرتديها في اليمين؟
ألا ان يقال الساعة اليمنى تلبس في اليد اليسرى والعكس مخالفة لهم وهذا بعيد.

وكما نعلم ان أصل لبس الساعة هو لمعرفة الوقت, وأما من قال انها تكون أيضا من باب الزينة فما أدري هل يجوز للرجال لبس الحلي في اليد وان كانت ليست من الذهب لعل ذلك يكون من باب التشبه بالنساء لعل الاخوة يفيدونا .

Kesimpulan :

Pakai la tangan mana pun, jangan pakai di kaki je. Yahudi bunuh muslim siang malam kat Gaza, kita masih duk bertelagah kanan kiri. Saya kalau pi masjid yang ada murid pakai jam tangan kiri, saya pun pakai tangan kiri.

Kalau kat masjid tu ada murid pakai tangan kanan, saya pakai tangan kanan.

Kalau murid ada yang pakai tangan kiri, ada yang tangan kanan, saya tak pakai jam langsung. Saya tak akan pakai dua jam walaupun memang ana ada 2 jam tangan.

Kalau saya pakai 2 jam nanti ada pula soalan :

apa hukum pakai 2 jam?

ابن طاهر

 

Kredit :
– Facebook Mohd Hafiz


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment