Oxford gugurkan anugerah pada Suu Kyi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Majlis bandar raya Oxford, England secara rasmi menggugurkan anugerah Freedom of the City yang diberikan kepada Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi.

Undian itu dibuat pada hari yang sama ketika ketua tentera Myanmar memberitahu Paus Francis bahawa tiada diskriminasi agama berlaku di negara itu, lapor The Guardian.

“Oxford mempunyai tradisi panjang sebagai bandar majmuk dan kemanusiaan, dan reputasi kita sekarang dicalarkan oleh mereka yang membutakan mata terhadap keganasan.

“Kami harap hari ini kami turut bersama suara-suara yang menuntut hak asasi manusia dan keadilan untuk masyarakat Rohingya,” kata ahli majlis Mary Clarkson yang mengusulkan perkara itu.

Kira-kira 600,000 orang Islam Rohingya diusir dari wilayah Rakhine di barat Myanmar ke negara jiran Bangladesh melalui operasi ketenteraan yang digambarkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) sebagai penghapusan etnik.

Sumber :
– www.malaysiakini.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment