“Orang seni berjiwa kreatif, halus tapi cepat merajuk” – Najib

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penggiat seni di negara ini berjiwa halus dan kreatif dalam membangunkan industri. Perdana Menteri bagaimanapun berseloroh golongan itu cepat merajuk jika tidak mendapat sesuatu yang telah diminta.

Beliau turut menasihatkan penggiat seni terutama golongan artis yang memiliki pengikut yang ramai di media sosial untuk menggunakan saluran itu dengan betul.

“Zizan ada pengikut di Instagram seramai 4.1 juta, lebih ramai daripada saya iaitu 3.5 juta.

“Jadi anak seni ni jangan hendak menghentam sahaja dan mengata orang.

“Mengata orang nombor satu dan itu makin tua makin mengata orang.

“Penggiat seni perlu main peranan penting untuk bina masa depan negara dalam industri industri kreatif,” katanya.

Najib berkata demikian pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana di sini malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas lanjut, Najib menambah, beliau sedia menjadi pendengar yang baik dan bersedia mendengar idea bagi penggiat seni untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Jelas beliau, segala permasalahan dan isi hati golongan itu mahu didengari dalam membina kebersamaan dalam TN50.

“Golongan penggiat seni menjadi penghubung komunikasi walaupun sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, penerbit dan sebagainya.

“Kerajaan bukan sahaja membina jambatan, menara dan lebuh raya sahaja tetapi bina manusia untuk menentukan hala tuju industri,” katanya.

 

Sumber :
– malaysiagazette.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment