Agenda Nam Tien: Konspirasi penghapusan etnik Melayu

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Oleh Puan Zaharah Sulaiman, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia.

28 September 2013 – Simposium “Mendepani Agenda Asing” Melayu Dalam Krisis Kepimpinan – Anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA. Sesi Dialog 1 : Umat Melayu Dalam Menghadapi Konspirasi & Agenda Asing Tajuk : Konspirasi Penghapusan Bangsa & Fokus Agenda Nam Tien.

Nam Tien — Usaha penjajahan ke atas bangsa Melayu secara tersembunyi, terancang dan direstui dunia

PUTRAJAYA, 28 Sept — “Penjajahan terhadap bangsa Melayu oleh bangsa Cina yang berasal dari Tanah Besar China disebut sebagai “Nam Tien” yang bermaksud menjarah ke selatan, ia merupakan suatu usaha penjajahan tersembunyi yang direstui dunia.

“Usaha ini dimulakan di Champa dengan usaha penyembelihan kaum Melayu secara beramai-ramai dan kemudian mereka mara ke Kemboja, Thailand dan seterusnya ke Kedah sehingga seorang pegawai British pernah berkata “tiada seorang Melayu pun yang tinggal di Kedah sekarang.”

Ini adalah fakta yang dikemukakan oleh Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia, Puan Zaharah Sulaimansemasa menyampaikan pembentangan beliau yang berjudul “Memahami Maksud ‘Nam Tien’ Menjajah Terselindung dan Direstui Dunia” dalam Simposium Mendepani Agenda Asing, Melayu dalam Krisis Kepimpinan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di sini pagi tadi.

Jelas beliau, kerjasama antara British dan orang Cina juga membuatkan orang Melayu kehilangan banyak tanah, dirampas lombong-lombong emas dan timah serta dinafikan hak untuk menuntut ilmu.

Tambahnya, kaum Melayu bukanlah kaum yang malas tetapi sebaliknya kaum Melayu tidak diberi peluang untuk maju.

Bahkan berdasarkan sejarah, bangsa Melayu adalah bangsa yang terawal yang menetap di alam Melayu.

“Kita wujud sejak azali. Melayu bukan gugur daripada langit atau datang daripada entiti lain. Bangsa Melayu adalah antara bangsa tertua di dunia, bukan hanya waktu wujud Kerajaan Kesultanan Melaka,” kata beliau.

Menurut Puan Zaharah lagi, bangsa Melayu yang menduduki Madagascar hinggalah ke Hawaii dan New Zealand adalah bangsa yang bermula daripada benua Sunda dan turut membenihkan bangsa lain. Kaum cina merupakan subset kaum melayu dengan perbezaan usia sebanyak 20, 000 tahun.

Puan Zaharah menutup ucapannya dengan menyeru agar orang Melayu mesti keluar daripada zon santai, mengasah kembali potensi masing-masing untuk kembali menjadi kaum yang agung dan dicemburui kuasa asing.

 

TONTON VIDEO DI BAWAH :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment