Najib mohon maaf atas kekurangan, kesilapan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekurangan dan kesilapan ketika beliau memimpin negara selama sembilan tahun sejak 2009.

“Saya berdoa selepas tempoh perpecahan ini, negara kita akan kembali bersatu. Saya mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas peluang yang diberikan untuk memimpin negara hebat ini

“Selepas lebih empat dekad terlibat dalam politik dan kempen pilihan raya baru-baru ini, yang malanya bersifat peribadi dan barangkali juga paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan bercuti pendek bagi meluangkan masa dengan keluarga yang begitu kurang saya layani sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

“Rakan dalam Barisan Nasional dan saya komited untuk menghormati kehendak rakyat dan melancarkan proses peralihan kuasa. Kepentingan terbaik Malaysia dan rakyatnya akan sentiasa menjadi keutamaan dan saya bertekad untuk terus memberi khidmat kepada kedua-duanya atas apa jua kapasiti yang ada,”katanya. – Bernama

 

Sumber :

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment