Nahas hari terakhir sekolah

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PELAJAR tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah parah selepas dirempuh kereta di lampu isyarat Jalan Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Fakhrul Hakim Mazlan, 16 , mengalami pendarahan di kepala dan kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Kuala Berang ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan keluar dari persimpangan jalan secara tiba-tiba.

“Pemandu wanita berusia 28 tahun tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.

“Mangsa yang parah dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut dan masih dirawat.

“Saya juga meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita yang mendakwa mangsa sudah meninggal dunia di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, rakan kepada Muhamad Fakhrul Hakim, Muhammad Syafiq Abdullah, 15, berkata, mangsa .

begitu mesra selain turut meminta semua rakan menandatangani baju sekolahnya tanda kenangan sempena hari terakhir persekolahan.

“Malah, dia juga banyak menghabiskan masa bersama kami dalam tempoh seminggu kebelakangan ini.

“Dua minggu lalu, mangsa ada terbabit dalam kemalangan motosikal tetapi hanya cedera di kaki.

“Saya berharap mangsa cepat sedar dan kembali sihat,” katanya.

Seorang lagi rakan mangsa, Abdul Muin Abdul Aziz, 15, memaklumkan dia terkejut apabila mangsa meminta dia menyimpan gelang yang sudah lama dipakainya.

“Sebelum ini, memang dia yang memakai gelang itu tetapi hari ini dia menyerahkan gelang itu kepada saya.

“Apabila ditanya kenapa dia berbuat begitu dia hanya menjawab dia mahu saya menyimpan gelang itu,” katanya.

Kredit :
– https://www.hmetro.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment