Nafi timbulkan kekacauan antara agama, Ustaz Haslin mahu bersihkan nama

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Ustaz Haslin Baharim meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor dan berbincang mengenai larangan ceramah. Menurut laporan The Star Online, Haslin menafikan ceramahnya menimbulkan kekacauan.

“Saya akan cuba berjumpa dengan Abd Mutalip Abd Rahim,” kata Haslin dipetik laporan The Star Online.

Kata Haslin, beliau tidak kisah sekiranya beliau masih dilarang memberikan ceramah di Johor selepas perjumpaan tersebut.

“Saya perlu terangkan dan bersihkan nama saya,” katanya.

Semalam, kerajaan Johor mengeluarkan larangan ceramah terhadap Haslin dan Ismail Menk.

Larangan yang juga merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar disampaikan oleh Abd Mutalip.

Johor larang ceramah Ustaz Haslin, Ismail Menk

Sumber :
– www.sinarharian.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment