Nabi Ibrahim “Ayah Culas Tanggungjawab”, Isterinya “Bitch” — Amina Wadud

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Pengasas bersama Sisters In Islam, Dr Amina Wadud telah membangkitkan kemarahan umat Islam baru-baru ini apabila beliau secara terbuka menuduh Nabi Ibrahim sebagai “a deadbeat dad” — seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawabnya.

Ini bukan kali pertama tokoh gerakan Islam liberal tersebut menggunakan gelaran “deadbeat” terhadap Nabi Ibrahim.

Beberapa tahun yang lepas, beliau juga dilihat telah menuduh Nabi Ibrahim sebagai “deadbeat” dalam tulisannya, disamping menggelarkan isteri baginda, Sarah sebagai “bitch” dalam artikel yang sama.

Beliau menulis, “Hajar was (literally) thrown out in the desert to fend for herself and her child without even a second’s thought to the impossibility of her location as confirmation of patriarchy. … How then do we reconcile with Abraham, the deadbeat dad, Sarah the selfish bitch, and even God, the benevolent?!”

Kenyataan tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak di luar negara di atas komen-komen yang dianggap biadab terhadap Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya.

Pemimpin gerakan feminisme yang bebas keluar masuk Malaysia itu juga telah beberapa kali menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan tindakannya menjadi khatib menyampaikan khutbah Jumaat dan berterusan mengimamkan solat jemaah kaum lelaki di serata dunia.

US professor Amina Wadud (R) prepares to kneel in front of the congregation whilst leading Friday prayers for men and women at the Oxford Centre in Oxford, in southern England, on October 17, 2008. AFP PHOTO/Adrian Dennis (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Walau bagaimanapun, Amina Wadud yang kini bersama pertubuhan Musawah terus dikesan bebas keluar masuk ke Malaysia, mengadakan perjumpaan dan kelas-kelas dengan beberapa pihak.

Ini bukan kali pertama Amina Wadud membuat kenyataan kontroversi. Beliau yang sebelum ini menggunakan nama Mary Teasly sebelum menganut Islam, dilihat cuba mengubah pelbagai pendekatan tradisi Islam di dalam hal hukum hakam dan syariat yang melibatkan hak wanita.

Sumber :
https://www.menara.my/nabi-ibrahim-ayah-culas-tanggungjawab-isterinya-bitch-amina-wadud/


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment