“Mommy cantik tapi hitam”

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Keletah kanak-kanak memang sering mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila mereka semakin petah berbicara. Kadangkala minda kanak-kanak begitu kreatif sehingga mereka mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata yang gemar berkongsi video anaknya mencuri perhatian netizen sejak ia dimuat naik di Twitter pada 11 Ogos lalu.

Komen ‘terlalu’ jujur yang diberikan Zara Aediena Adzwan Sharwani, 2, bukan sahaja membuatkan Melor Haryanti Kazaruddin, 34, tertawa, malahan netizen turut terhibur dengan kata-kata si cilik itu.

“Sebenarnya anak saya tak tahu hitam tu maksudnya berkulit gelap. Tapi, dia terikut-ikut bila ada kawan saya yang ajarkan ayat tersebut kepadanya.

“Dina memang lebih petah bercakap berbanding kakak-kakak kembarnya. Dia penyibuk sedikit dan mulut macam ‘makcik-makcik’,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menerusi video tersebut, wanita yang lebih mesra disapa Melor itu bertanya kepada anaknya sama ada dia kelihatan cantik.

Namun, komen spontan Zara Aedina yang mengatakan Melor ‘cantik tapi hitam’ memang tidak dijangka olehnya.

Kata Melor, kulitnya tidak gelap seperti yang dikatakan anaknya di dalam video tersebut tetapi sekadar usikan yang dipelajari daripada rakan rapat yang sering meluangkan masa bersama Zara Aedina.

Dia buat hal lagi ?? #zaraaediena #daughter #loveofmylife #lotoflove

A post shared by Melorkaza (@melorkaza) on

“Dina memang pandai jaga hati. Lepas dia cakap sesuatu yang ‘jujur’, dia akan beli jiwa ibunya dengan mengatakan saya ‘sweet’.

“Sejak itu ada pula permintaan untuk saya memuat naik video Dina lebih kerap kerana mereka juga terhibur dengan keletahnya,” jelas Melor.

Menurutnya, dia akan mempertimbangkan permintaan tersebut namun akan lebih berhati-hati kerana bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment