Menyusu sambil bermain telefon bimbit, anak usia 2 tahun gigit puting sehingga putus

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Seorang ibu muda terpaksa dikejarkan ke hospital selepas puting payudaranya terputus digigit ketika menyusu. Memetik sumber blogger, mangsa, Nor Halimah berkata, anak perempuannya yang berusia 2 tahun sebelum ini pernah menggigit putingnya sehingga mengakibatkan luka.

Bercerita lanjut, Nor berkata, insiden itu berlaku semasa dia menyusukan anaknya sambil skrol telefon bimbitnya. Nor hanya menyedari selepas putingnya digigit, bayinya terus sahaja memalingkan wajah di sebelah kiri.

Menyedari putingnya putus, Nor terus memasukkan jari ke dalam mulut anaknya dan mengeluarkan puting sebelum memaklumkan pada suaminya.

Dalam pada itu, suaminya yang enggan dikenali berkata, dia sangat terkejut dengan insiden tersebut dan tidak menjangka anaknya akan menggigit puting isterinya sehingga putus.

“Saya terkejut selepas isteri memaklumkan kejadian itu. Saya terus membawa isteri ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah, tidak ada apa apa kuman yang berjangkit pada luka isteri,” katanya.

Sementara itu tambahnya, doktor memberitahunya, kes bayi menggigit puting payudara ibu adalah normal ketika mereka dalam proses pertumbuhan gigi. Namun kes digigit sehingga puting putus amat jarang di temui.

 

KENAPA BAYI SUKA MENGGIGIT PUTING PAYUDARA

1. Tumbuh gigi

Usia pada fasa mula tumbuhnya gigi inilah yang menjadi perjuangan bagi seorang ibu. Bayi yang mula tumbuh gigi, gusinya menjadi bengkak dan sakit. Masa-masa ini bayi juga suka menggigit sesuatu di sekitarnya dengan geram. Kadang-kadang ketika gigi sedang tumbuh ini juga menyebabkan air liur berlebihan pada bayi. Bayi memerlukan sesuatu untuk mengurangi ngilu dan sakit yang dihadapi. Sasaran yang paling mudah ditemui bayi untuk meredakan ngilu pada gusi, iaitu puting dari ibunya.

2. Tidak puas hati

Alasan kedua ini sebagai bentuk balas dendam bayi kerana ibu tidak mencurahkan seluruh perhatian dan kasih sayangnya ketika menyusukannya. Pada beberapa kebiasan, ibu mungkin menyusu sambil melakukan hal lain, seperti menggunakan handphone, bercakap dengan orang lain, atau melakukan hal yang bayi anggap tidak memerhatikan mereka.

3. Ajakan bergurau dan berterima kasih

Ketika selesai menyusu, bayi kadang-kadang memang suka menggigit puting ibunya sambil menunjukkan senyuman atau tawanya di akhir. Hal ini menunjukan bahawa dia menunjukan rasa terima kasih kepada anda kerana telah menyusukan. Setelah bayi kenyang, dia juga ingin mengajak ibunya bergurau kerana belum mampu berbicara atau meluahkan kemahuannya, akhirnya bayi akan menggigit puting sebagai tanda mengajak.

Bagaimana mencegah bayi agar tidak menggigit puting

– Pastikan posisi menyusu Anda dengan bayi sudah betul.
– Berikan perhatian Anda sepenuhnya selama menyusukan.
– Jika puting digigit, tunjukkan reaksi Anda dengan lembut dengan menghentikan sekejap proses menyusui
– Kenali sikap bayi ketika mula lapar.
– Posisikan puting Anda dalam mulut bayi dengan menyelitkan jari agar mengetahui apakah bayi akan menggigit atau tidak.
– Berikan sesuatu yang bisa digigit untuk mencegah bayi terus menggigit puting Anda.
– Berikan ciuman dan pelukan sambil berbisik lembut, “Jangan digigit ya, sayang.”
– Pilih tempat yang nyaman dan tenang agar bayi tidak teralih perhatiannya.

 

Sumber :
SuaraTV
– wartawan-jalanan.blogspot.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment