“Menyerupai wanita, kenapa korek balik gambar 13 tahun lepas ?” – Chef Wan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan mendedahkan terdapat usaha segelintir pihak untuk mengaibkan dirinya.

Menerusi Instagram miliknya, beliau memberitahu menerima banyak pesanan terus (DM) yang memaklumkan tindakan seseorang yang cuba mengaibkan dirinya dengan menyebarkan gambarnya berpakaian wanita dalam satu majlis yang dihadirinya pada 13 tahun lalu.

“Dah tema party to fabulous drag, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan dress up. Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan sebagai lelaki.  Jadi ramai suami isteri atau pasangan yang hadir mengambil cabaran tersebut.

“Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah di potong gambarnya.  Saya menang top 3 lagi,” tulisnya panjang lebar.

Chef Wan juga meluahkan rasa kesal kerana masih ada individu yang tidak ada kerja berfaedah hingga sanggup mengorek cerita-cerita basi dengan menyebarkan fitnah.

“Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti.  Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari di lubang cacing mana pun si puaka ini jika nak cari pasal dengan saya.

“Kau nak sebar fitnah dan macam-macam apa yg kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut org lain!  I am capable to do that as u try to embarrased me in public!,” tegas bapa tunggal itu.

Chef Wan menegaskan, beliau kini memiliki bukti penyebar fitnah itu telah menyalahi undang-undang negara ini.
MalaysiaGazette


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment