Mayat remaja perempuan dibaham buaya ditemui

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

MARUDI – Seorang remaja perempuan yang hilang dipercayai selepas dibaham seekor buaya ketika sedang mandi di tebing Sungai Tapang Peking Baram di sini lewat petang semalam ditemui hari ini.

Mangsa, Agnes Luang, 18, ditemui pada pukul 11.10 pagi kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan diserang dan dibaham reptilia tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri berkata, ketika ditemui mayat mangsa masih sempurna, namun terdapat kesan gigitan buaya pada anggota badannya.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke rumah panjang untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang turut disertai anggota polis dan penduduk kampung itu tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya semasa sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai berkenaan pada pukul 6.30 petang semalam.

Sumber :
– www.kosmo.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment