Mayat guru terdampar di pantai

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

“SAYA terkejut apabila mendapati arwah tiba-tiba hilang dari bilik di chalet kami di Pulau Perhentian ketika suami membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 pagi tadi,” kata Nurul Jannah Mohd Amin, 27, kakak ipar kepada mangsa lemas Eliza Nurhidayah Mohd Rajali, 35.

Pada kejadian 9.30 pagi itu, mayat Eliza yang berpakaian lengkap ditemui orang awam terdampar di pantai kira-kira 400 meter dari chalet berkenaan.

Bercerita lanjut, Nurul Jannah berkata, selepas menyedari kehilangan Eliza Nurhidayah, suaminya yang dikenali Phyruzan, 40, mencari mangsa di pantai berdasarkan kepada kesan tapak kaki di pasir.

Dia berkata, dengan bantuan pekerja chalet, usaha mengesan mangsa dilakukan sekitar kawasan pantai berhampiran chalet tetapi berhasil dan disambung pada waktu pagi.

Nurul Jannah berkata, sebelum kehilangan mangsa, Eliza kelihatan amat mesra dengan ahli keluarga yang datang bermalam di chalet terbabit.

Mangsa yang juga guru dan mempunyai enam anak baru semalam berkunjung dan bermalam di chalet milik abangnya selepas sekian lama mereka tidak datang.

Suami wanita itu yang kini menetap di Johor Bharu, tidak datang bersama Eliza kerana urusan kerja.

Nurul Jannah berkata, dia dikejutkan apabila seorang penduduk datang memberitahu ada menjumpai mayat seorang wanita terdampar di pantai kira-kira 400 meter dari chalet berkenaan.

“Apabila menerima berita berkenaan, suami saya terus berkejar ke lokasi dan mengesahkan wanita yang ditemui itu adalah adiknya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Besut, hari ini.

Nurul Jannah berkata, ketika menunaikan solat Isyak malam tadi arwah kelihatan pelik apabila membaca surah beberapa kali seolah-olah dia sudah lupa.

“Saya tidak menyangka pertemuan malam tadi adalah yang terakhir antara keluarga kami dengan arwah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia kerana lemas.

Sumber :
– https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359148/mayat-guru-terdampar-di-pantai#cxrecs_s


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment