Mat Dan selamat bernikah dengan pramugari pada satu majlis tertutup

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA TERENGGANU: Personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada Ahad.

Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering di sini.

Media difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang pramugari.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.

Pasangan pengantin terlebih dahulu bertunung pada hari yang sama, diadakan pada sebelah pagi.

Hasrat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 28, untuk merahsiakan majlis pertunagannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.

Mat Dan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti.

Mat Dan popular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu “Mat Dan Kaki Jalan”.
Sumber :
– www.mstar.com.my


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment