Mana dasar baru Dr Maszlee? Ke mana hala tuju KPM yang baharu ni?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Petang semalam kurang lebih jam 6 petang aku sempat ketuk bilik Dr Maszlee. Lama juga kami sempat berbual berdua. Aku kata terus terang ke Doc, ramai orang komen di Facebook minta Doc turun ke sekolah di Sabah & Sarawak.

Doc senyum sambil jawab; “Jom,”

Jadi selesai kerja aku semalam. Tapi ada juga yang komen bertanya di post Facebook semalam. Apa sebenarnya dasar baru yang nak dibawa oleh Menteri Pendidikan baru ni? Mana dasar baru Dr Maszlee? Apa yang berubah? Ke mana hala tuju KPM yang baharu ni?

Aku fikir begini.

Mungkin perubahan pertama yang Dr Maszlee dan KPM yang baharu boleh tawarkan untuk sekolah adalah untuk jadi jujur dan kembali mempersoal – apakah tujuan pendidikan sebenarnya?

Dan ini soalan untuk semua warga guru dan pentadbir di sekolah termasuk ibu bapa. Dan aku fikir itu juga sebab kenapa Dr Maszlee pilih untuk pergi ke sekolah terus untuk lihat apa yang berlaku di sekolah dan bercakap sendiri dengan Cikgu dan anak-anak tanpa birokrasi.

Ini bermakna, guru dan anak murid ada akses direct dengan Menteri. Jadi kalau tak suka dasar-dasar yang memberatkan, boleh terus maklumkan kepada dia.

Jadi ini asas kepada semua perubahan ini. Sebelum kita fikir hal teknikal seperti dasar dan polisi, kita kena selesaikan dahulu sistem kepercayaan di antara guru dan KPM. Guru harus buang jauh-jauh rasa takut dengan pegawai.

Paling penting guru harus jujur, tak kira sama ada dengan anak-anak, orang JPN atau Menteri sekalipun. Jadi kalau kita boleh mulakan langkah ini dan perbetul ‘culture of fear’ yang disemai sejak 60 tahun lepas, kita ada harapan cerah untuk mula mengorak langkah mengenai hal mengenai dasar dan polisi.

Dan ya, terima kasih atas sokongan semua. Doakan semua harapan yang kita pegang ini berjaya dilangsaikan. Kerana ianya amanah berat. Macam kata Kak Fadh, aku kena perform sebab 5 anak dia sedang sekolah dalam sistem sekarang ni. 😭😭😭

P/s – gambar di Simpang Renggam Ahad lepas

 

Kredit :
ZF Zamir


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment