Majikan “bengang” logo di cas, pelajar praktikal ini tampil beri penjelasan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Izinkan saya ceritakan perkara sebenar. Harap yang membaca bersabar sebab post mungkin panjang. Sebelum tu, izinkan saya perkenalkan diri dulu. Sayalah student yg dimaksudkan oleh beliau tu. Tujuan sy posting kat facebook utk membela diri saya yg kebetulan terbukak facebook pada malam ini dan ternampak satu nama yg saya kenal. Saya skrg menjalani latihan industri di sebuah badan NGO. Tidak disediakan elaun yg khas sebagai graphic designer. Duit akan diberikan kepada saya sekiranya saya menghadiri sesebuah program yg dianjurkan. Saya tidak tahu sekiranya itu dipanggil elaun ataupun sagu hati atau apa2 lah. Yg pasti berupa duit. Itu pun sekiranya bajet ada dalam company. Kalau tiada bajet khas, tiadalah. Yang pasti, saya TIDAK diberikan elaun khas sebagai graphic designer. So, dipendekkan cerita saya dah menjalani latihan industri di sana selama 3 minggu bermula daripada 11/09/2017 iaitu pada hari Isnin.

So, bermula cerita sebenar. Kejadian ni berlaku pada hari khamis lepas. Saya ingatkan cerita kat situ, habis kat situ je. Saya tidak pasti anda menilai saya salah ataupun betul. Yg pasti, saya akan menceritakan perkara sebenar. Company yg sy li ialah sebuah badan non profit ngo, tiada elaun diberikan (rujuk perenggan di atas). So, semestinya saya tahu akan perkara mengenai ini. Pada waktu petang hari khamis, time tu saya sedang menyiapkan motion graphic ae utk NGO ini utk ditayangkan pada hari esok, iaitu hari Sabtu. So, semasa saya sedang menyiapkan motion graphic tu, Ir tersebut masuk ke ruang dalam bilik saya dan rakan2 yg sedang menyiapkan kerja dan bertanyakan mengenai video yg kami buat itu telah siap diedit atau belum. Selesai bertanya mengenai video, dia bertanya siapa kat dalam bilik tu yg boleh design? Saya tidak menjawab sebab saya sibuk dan tiada masa untuk menambah kerja kerana dateline utk video tu ialah esok, dan hari ini baru saya sempat menyiapkannya dan MASIH BANYAK lagi kerja2 NGO tempat saya LI tu saya perlu siapkan. Duk sekejap, dia bertanyakan pada saya, “Nih, boleh buat logo? Nih tu nama panggilan sy kat pejabat.

Status yang dimuat naik oleh majikan

Dia cakap kat saya yang dia RASA, rasa nak tukar la logo ni. Boleh pulak dia main2 rasa mcm tu. Alasan dia nak tukar, sebab logo tu nampak mcm lama, walhal sy tengok xde apa yg x kena. Dah sesuai utk ngo tu

Saya diam pada mulanya. Kemudian, saya bagitahu kat dia yg saya boleh buat, tapi saya kenakan bayaran. Dia pun nampak macam terkejut bila saya bgtahu mcm tu. Lepas tu, dia tanya, so berapa cas yg saya kenakan? Saya cakap la harga berkenaan dan tunjuk harga itupun mengikut panduan harga dalam group grafik, saya lupa group mana, di mana saya nyatakan 50-100 utk trace balik logo tu. Dan harga logo kalau ikutkan yg asal mahal, iaitu 100-500 utk company kecil, dan nilai harga makin tinggi sekiranya syarikat tu makin besar., Tp saya kurangkan lah harga tu nanti mengikut kesesuaian berdasarkan pengalaman saya. Saya juga explain kat dia pasal konsep apa semua utk design.

Lepas tu, dia pun bagitahu saya yg dia juga pandai dalam PHOTOSHOP, dan “master” dalam design ni walaupun dia x ambik kursus secara betul2 dalam PS ni sambil menunjukkan pada saya logo2 yg katanya dihasilkan oleh dia. Saya beritahu dia yg saya guna Ai utk buat logo atau apa2 illustration. Sebab photoshop utk edit gambar, boleh jugak design tapi kalau nak design lebih sesuai Ai la saya cakap kat dia. Dari situ saya nampak dah dia agak bengang bila saya cakap mcm tu. So, lepas saya cerita kat dia semua tu, dia bagitahu saya yg dia tak setuju saya kenakakln bayaran kepada dia. Saya pun bertanya kenapa tak setuju? Kerja saya yg sepatutnya dah banyak settle jadi tak settle2 lagi sbb layan dia. Dia bagitau sebab saya praktikal kat tempat dia. Ya, saya praktikal kat tempat dia. Tapi, apa sebab saya perlu buat design logo company dari luar??? Maksudnya saya tak terlibat dengan company tu??? So, sebab itu saya kenakan cas. Apa sebab saya perlu buat for free? So, sy bgtau dia, kalau sy buat for free, sy langgar etika design. Dia balas balik kenyataan saya dengan cakap, awak nak cakap soal etika dengan saya??? Awak buat kerja luar/freelance sedangkan awak li kat sini pun dah langgar etika!! – saya bagitau dia balik, saya buat kerja luar pun saya tak buat time waktu pejabat, means balik rumah baru sy buat. Tu pun kalau ada kerja luar. Kalau takde, takdelah. So, saya nampak dari muka dia agak bengang. Tapi, saya jarang dapat kerja luar, sbb ramai lagi yg power, bersepah. Cuma saya baru nak start buat balik utk dapatkan side income sbb nak bayar sewa bilik, minyak motor, makan minum.

Hasil karya saudara Zulhanis

Dia bagitahu saya lagi yg dia pandai photoshop apa semua. Ya, saya cakap kat dia, pandai ps atau ai kira lain, masalahnya idea nak keluar tu makan masa kena pikir. Bukan senang2 keluar. Dalam hati saya, dah kata kalau pandai n tak nak bayar kenapa lah x buat sendiri??? Saya bagitau dia lagi yg saya bukan kenakan cas terhadap semua, sebagai contoh, kerja yg sy kena buat utk ngo tempat sy li tu sy buat for free, sbb sy sedar sy li kat tempat tu. Saya bagitahu dia lagi, yg saya baru je pergi klinik 2 hari lepas, kebetulan masa tu saya baru lepas dapat MC daripada doktor selama 2 hari kerana tidak sihat dan tekanan darah agak tinggi mungkin kerana berjaga malam untuk menyiapkan kerja kerana dateline semuanya ketat2. Kadang2 pukul 3,4 pagi baru tido. Bangun subuh, lepas tu sambung tido pulak. Kul 9 baru g keja. Kul 5.30 balik. Kadang2 12.30 malam baru balik. Tapi takpelah sebab saya sedar saya buat utk NGO tempat saya LI. Bukannya buat utk company yang tak berkaitan dengan saya.

Dia tanya saya lagi, maknanya kalau saya kerja banyak, cepat mati lah? Kalau dapat duit takpe pulak? Bukan wahai iR, maksud saya ialah, kalau saya diberikan wang atau tak banyak, sikit pun jadilah. Sebab nak design ni memerlukan idea, dan tenaga. Alahai, itu ke patut ayat yg keluar daripada mulut seorang yg bergelar iR. Adessss.. saya ingat dia akan nasihat sy supaya pandai manage time. Sbb tujuan saya li ni utk menimba ilmu. Bukan nak show off. Tapi ayat mcm tu pulak keluar drpd mulut dia. Memang annoying rasanya mcm tu.

So lagi dia cakap kat saya yg saya tak layak untuk praktikal kat tempat tu sebab tak multitasking. Nak multitasking kut celah mana x tau kalau sy sibuk duk buat kerja utk ngo tempat sy tu. Saya ingatkan dia nak cakap, yg suruh sy berhenti praktikal kat tempat tu. Lagi lah sy suka. Buat apa dapat bos yg mcm tu??? Tapi sayang dia tak cakap mcm tu. Dia cakap tak layak je. Adesss. Ikut la nak cakap apa pun.

Pastu, ending dia, saya mintak maaf kat dia sekiranya dia rasa saya kurang ajar, sbb sy just bagitau apa yg saya rasa. Dia pun senyap. Mungkin baca pantun kot. Haha. So, ingat crite situ habis situ, rupanya tak habis jugak. Adesssss.

Lepas selesai talk dengan dia, dia pun pergi dekat partner sy yg tgh buat motion graphic. Sy pun sambung buat motion graphic kat meja saya sebelah partner saya. Dia duk belakang partner saya. Yg duk dalam bilik tu pakat duk complain nak render makan masa. Sebab dia nak tengok benda tu dah siap. Deyyyy makan masa la. Anda semua ingat tak yg sy cakap dia bgtau yg dia pandai PHOTOSHOP??? Hahaha. Dia pegi tanya dekat partner saya tu, takleh ke after effects ni GANTI dengan PHOTOSHOP utk render video??? Kahkahkahkahkah. Time tu saya nak tergelak. Tp saya tahan je. Ye la baru lepas talk kan. Gila kau nak gelak time tu. Ahahha. Yg ada dalam bilik tu pun jawablah mana boleh ngan photoshop. Dia pun sedar dia punya salah dia ganti photoshop dengan premiere pro. Hahahaha. Deyyyyyyyyy, kalau kata pandai design, pandai main photoshop, tak tau ke photoshop takleh buat edit video??? Adessss…

So, anda nilailah sendiri orang ni mcm mana.

 

Sumber :
– jesyoonyeon


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   
Tags:

Related Posts

Add Comment