Mahu cuba? Kondom perisa nasi lemak dijual november ini


Loading...

PELABUHAN KLANG, 27 Sept — Pengilang kondom terbesar di dunia mengeluarkan alat itu dengan rasa baru, “perisa nasi lemak”, hujung tahun ini. Karex mengambil masa enam bulan mengkaji bahannya sebelum memutuskan perisa itu dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat, lapor AFP.

Kondom jenama Carex sebelum ini terkenal dengan pelbagai perisa, termasuk anggur dan durian, dalam pelbagai bentuk rekaan.

Kondom perisa nasi lemak bakal berada di pasaran pada November atau Disember ini tetapi edisinya terhad, kata ketua eksekutif Karex.

Goh Miah Kiat juga menegaskan kondom perisa itu “bukan sekadar gimik” tetapi juga membantu kempen mencegah kehamilan di negara ini.

“Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang,” katanya seperti dilapor agensi berita itu.

Julai lalu, Karex dilaporkan mengeluarkan kondom yang serasi dengan saiz alat kelamin pengguna dan ia boleh diukur melalui perisian di internet.

“Kelelakian ada bermacam bentuk dan saiz dan kini melalui kami dalam talian mereka boleh membeli kondom macam wanita membeli coli,” kata Goh kepada sebuah akhbar Ireland.

“Kami ada 66 saiz kondom yang dibuat khas tetapi tiada peruncit yang berminat menjual semuanya, jadi kami terpaksa menjual atas talian.”

Syarikat Malaysia itu dilaporkan merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara.

Karex menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk ini.

 

Sumber :
www.themalaymailonline.com

confess-ads

Loading...
Tags:

Related Posts

Add Comment

Shares