Luahan hati Cik Yu usahawanita Sushi ini pasti buat anda sebak fikirkan…

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Allahu – Luahan Hati si Penjual Sushi. Tak dapat aku bayangkan betapa selama ini isteri begitu penat membuat dan berniaga Sushi sehingga Allah memudahkan membuka sebuah Kedai Sushi yang tak seberapa…

Tetapi kita merancang dan Allah yang menentukan, mungkin rezeki kami bukan di dalam perniagaan atau mungkin salah strategi atau mungkin kami belum cukup ilmu untuk membuka kedai sendiri, apa pun hanya satu yang dapat kami belajar iaitu berusaha sekeras mungkin mencari rezeki.

Kedai Sushi kami di tutup buat sementara di sebabkan kesihatan isteri dan insyaallah di samping itu kami mencari strategi lain yang lebih berkesan di dalam perniagaan Sushi kami.

Hari ini aku sedikit bersedih dan bersimpati bila membaca luahan hati si penjual Sushi iaitu isteri aku sendiri.

Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah membantu aku dan keluarga, semuga Allah merahmati kamu….amin.

Semuga memberi menafaat kepada sesiapa yang membaca…

Insyallah…

Cerita

Salam jumaat Penuh Barakah…

Ramai tanya Cik Yu, dah tak niaga dan buat sushi lagi ke…?

Cik yu jawab…”buat sayang sayang semua, Cik yu tak kan tinggalkan kenangan susah payah dalam menaikan sushi.. tapi itu la.. hampir 2 tahun Cik yu berniaga sushi, tiap tiap hari berdoa supaya Allah bagi Cik yu rehat, Cik yu rindukan masa bersama anak anak yang Cik yu tingalkan di rumah pengasuh, Cik yu rindukan masa besarkan anak anak Cik yu, Amni Jameela sedar sedar dah besar memang tak sempat nak tengok masa dia merangkak, tau tau dah berjalan.. Allah, kuatnya ibu bekerja…maafkan ibu Amni Jameela…”

Saat saat memasak di dapur, kemas rumah, masa bermain bersama anak anak, Cik yu rindukan banyak benda dan Cik yu juga penat, balik jam1 pagi kadang 2 pagi, memandu sendirian, dengan anak lagi, tapi Allah tetap bantu, dapatkan pengasuh yang boleh tungu Cik yu sehingga jam 1 pagi, baru pergi ambil anak…Syukur.

Tetapi nikmat Allah amat besar, kuasa Allah tidak terduga.. doa Cik yu makbul dan Allah terima,

Hari ini Cik yu dapat duduk bercuti di Hotel bersama anak anak bukan 3 hari 2 malam tapi ikut suka Cik yu la nak duduk berapa lama pun bersama, apa yang Cik yu minta tapi Allah dah aturkan lebih lagi buat Cik yu.. Allahu maha besar.

Sukanya hati Cik yu dapat bersama anak anak dan suami, kalau ada yang perasan , sekarang ni hari hari Cik yu update masakan, video anak anak dan aktiviti kami sekeluarga, bukannya apa, sebab lama sangat tak update perkara paling best iaitu kehidupan bersama keluarga…!!!

Allahu seronok sangat dapat bermain bersama anak anak, dulu waktu cuti pun Cik yu niaga sushi, dunia dunia.. tapi itu la…Nikmat Allah, Dia kasi tepat pada masanya sementelah lagi sekarang ni Cik yu pula hamil, lagi la seronok dapat berehat, bersama anak anak dan suami malahan dapat Cik yu buat apa yang dah lama Cik yu tak buat semenjak niaga Sushi, makan tidur, mengemas, petang petang main bersama anak anak, dapat masak , dapat buatkan makanan feberet suami.

Dulunya semasa jadi Towkey Sushi makan pun tapau jer kerana takda masa dan ada juga yang cakap kat Cik cyu “niaga jela sushi, mana tahu dapat lebih lagi nanti..” Cik yu jawab…”yer…tahu tapi itu la Cik yu tak nak sia siakan nikmat yang Allah kasi buat masa ni, Cik yu nak jaga kandungan, doa ibu hamil makbul, Cik yu nak banyakkan ibadah yang tengah makbul nih…, Allah bagi rehat sekejap, mana la tahu lepas ni Sushi makin meletop letopkan…Hehehe.

 

Aturan Allah terbaik, walaupun apa yang kita rancang terbaik, Cik yu usaha selagi termampu.. tak per tak jadi jutawan dunia lagi..insha Allah kita doa banyak banyak Allah jadikan kita 1 hari nanti.. Jutawan Dunia Akhirat.. insha Allah..yakin yakin.

Jadi buat masa sekarang Cik yu berehat dulu sementara.. Insha Allah perancangan Allah akan aturkan bila Cik yu start berniaga balik,, banyak lagi kerja kerja dunia perlu diselesaikan.. moga Allah bantu dan permudahkan…

Firman Allah swt bermaksud:
Tidak ada satu makhluk dimuka bumi melainkan Allah yang menanggung rezekinya, dan dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpananya. Semua tertulis dalam kitab yang nyata.
(Surah hud ayat 6)

Bersangka baik lah pada Allah, jangan pernah merasakan yang susah itu berat, lalui ia dengan sabar, Allah akan buka jalan penyelesaiannya, melalui perlabagai cara, perantara manusia, kerja, zikir, doa, anak anak dan yang penting ingat Allah kuasa Allah maha kaya, mana mungkin Allah membiarkan makhluknya susah.. jadi tawakal pada Allah yang satu…

Ingat janji Allah pasti buat hambanya, walaupun lambat tapi sentiasa syukur dan sabar..

Ya Allah apa sahaja yang aku alami dari nikmat Mu, daripada kurnian sesiapa dikalangan hamba Mu, tidak ada sesiapa melainkan Engkau wahai Tuhan bagi Engkau lah pujian bagi Engkau lah kesyukuran.

Rindu nak buat Sushi…Doa banyak banyak biar Allah bantu Cik yu buat sushi sedap sedap di masa akan datang dan havoc havoc gitu yaa…

Seluruh hidup ku untuk Allah yang satu dan keluarga ku.

#istiqamahdakwah
#istiqamahdhuha
#istiqamahzikir
#istiqamahtahajud
#istiqamahmenutupauratdengansempurna
#istiqamahtaalim
#inshaAllah

Psst : Pengorbanan isteri tak boleh di jual beli…

 

Kredit :
– Ali Zaik Bin Ibrahim


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment