“Alhamdulillah semuanya baik, kandungan Lisa juga sudah masuk enam bulan. Berbeza dengan kandungan pertama, saya dan Lisa lebih santai kini. Jika yang pertama kami tidak faham sangat.

“Lisa juga  lebih memahami keadaan badannya. Jika dahulu doktor minta jumpa sebulan sekali, tetapi Lisa kalau boleh mahu bertemu doktor setiap minggu. Tetapi dengan kelahiran anak pertama dan bakal menimang anak kedua dalam jangka waktu yang singkat, pengalaman banyak membantu. Bagaimanapun jantina kami rahsiakan dahulu,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, Selangor, untuk majlis doa selamat filem Badang.

Yusry dan Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 30, bernikah pada 23 Februari 2012. Pasangan ini juga dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yahaira Leanne, berusia satu tahun.

Dalam perkembangan lain, Yusry turut memberitahu bahawa KRU kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert khas sempena 25 tahun penubuhan kumpulan muzik itu.