“Lesen memandu Malaysia sah digunakan di Qatar” – Zahid Hamidi

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Qatar hari ini membenarkan rakyat Malaysia menggunakan lesen memandu Malaysia untuk memandu di negara itu dan tidak perlu menggambil lesen memandu Qatar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu turut menambah, Qatar juga turut meluluskan rakyat Malaysia boleh datang ke negara itu tanpa perlu mengambil visa dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin.

Dua perkara itu merupakan persetujuan antara kerajaan Qatar dan Malaysia semasa pertemuan Ahmad Zahid dan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Qatar sebentar tadi.

Sebelum ini, rakyat Malaysia yang berada di Qatar perlu menukar lesen memandu mereka ke lesen memandu Qatar untuk memandu di sana sementara visa semasa ketibaan (VOA) diberikan kepada rakyat Malaysia ke negara teluk itu dengan tempoh sah laku selama sebulan.

 

Sumber :
– www.suara.tv


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment