Lelaki sengaja tendang wanita di BNM akhirnya ditahan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut seperti tersebar dalam media sosial, ditahan polis malam tadi.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada 11.05 malam tadi.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan mendapati suspek pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan sama.

“Suspek tidak mengalami sebarang masalah mental namun mempunyai sikap panas baran yang melampau.

“Suspek turut mempunyai rekod kesalahan lain seperti mengugut, melakukan kianat dan mencederakan orang lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan permohonan reman sedang dibuat pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment