Lelaki dari KL ini kahwin wanita Turki kerana persediaan mudah berbanding Malaysia

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

SHAH ALAM, 2 Feb — Seorang jejaka Melayu memilih gadis Turki sebagai isteri walau disyaratkan tinggal di negara itu kerana kos perkahwinan tidak semahal di Malaysia.

“Urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tidak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki,” kata Said Imaddudeen, 29, seperti dilapor Sinar Harian.

Anak jati Kuala Lumpur itu sanggup memenuhi syarat keluarga Ayse Karateke, 21, yang memintanya memiliki rumah sebelum bernikah dan harus menetap di negara itu.

Majlis perkahwinannya pada Ogos 2015 tidak besar dan hanya dihadiri 30 tetamu, tambahnya yang menjelaskan wanita Turki sukar menyesuaikan diri dengan budaya negara suaminya.

“Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia apabila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja,” katanya.

Mula menjejakkan kaki di Turki pada 2008, Said belajar bahasa negara itu pada 2011 sebelum menetap di sana setahun kemudian. Beliau kini menyambung pelajaran Universiti Istanbul.

Pasangan ini mula bertentangan mata sewaktu sama-sama menyertai program di Universiti Bogazici sebelum menjalin hubungan cinta.

CINTA KAMI

SIAPA kata jejaka Melayu tidak mampu menambat hati gadis asing? Sifat lelaki Melayu yang cukup dikenali sebagai penyayang, merendah diri dan menghormati golongan wanita membuatkan naluri wanita luar negara mudah terpikat dengan kehadiran mereka.

Ini terbukti bagi Said Imaddudeen, 29, pernah datang ke Turki untuk kali pertamanya pada 2008 sebagai pelancong dan kemudiannya pada 2011 bertujuan untuk belajar bahasa Turki di Istanbul.

Dan akhirnya pada November 2012, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Turki dan kini Said melanjutkan pengajian Master di Universiti Istanbul.

Pertuturan sopan dan cara menyantuni warga Turki membuatkan ada hati gadis bumi Uthmaniyyah itu sudah terpikat dengan anak jati Kuala Lumpur ini.

Hati Ayse Karateke, 21, gadis tinggi lampai dan berhidung mancung dari Istanbul, mula terpaut dengan keikhlasan cinta Said.

 

DETIK PERTEMUAN

Pertemuan Said dan Ayse bermula sewaktu mereka menyertai program Hamza Tzortis di Universiti Bogazici.

Perkenalan awal ini membawa kepada jambatan persahabatan yang lebih erat sehingga mencetuskan bibit-bibit cinta.

Namun ujar Said, perancangan untuk mengakhiri zaman bercinta ke gerbang perkahwinan turut disulami dengan cabaran mungkin kerana penangan cinta antara dua benua.

“Impian kami untuk membina masjid bukan mudah dek perbezaan budaya, geografi dan macam-macam lagi. Namun kami percaya, jodoh pertemuan adalah kuasa ALLAH SWT apa yang penting ikhtiar dan usaha untuk menyempurnakan sunnah Rasulullah.

“Antara cabarannya, Keluarga Ayse meletakkan syarat supaya saya kena ada rumah dahulu dan perlu menetap di Turki…saya setuju untuk memenuhi hajat mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kesemua cabaran untuk dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran sehinggalah mahligai perkahwinan yang diimpikan akhirnya terbina pada Ogos 2015.

MAJLIS KAHWIN MUDAH

Ketika ditanya tentang pernikahan antara dua benua ini, Said menjelaskan, wanita Turki begitu sukar untuk mengikut dan memahami budaya suaminya yang berbangsa asing.

“Jadi mungkin disebabkan itulah yang membuatkan lebih mudah lelaki Turki berkahwin dengan wanita Malaysia berbanding wanita Turki mengahwini lelaki Malaysia.

“Namun urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki,” ujarnya sambil berjenaka.

HANYA AHLI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN TERDEKAT DIUNDANG PADA MAJLIS PERNIKAHAN SAID DAN AYSE

Bercerita lanjut tentang proses pernikahan, lelaki berkaca mata ini mengatakan, majlis perkahwinan dibuat mengikut nikah syarie saja dalam suasana serba ringkas.

“Majlis kahwin di sini begitu mudah dan kehadiran hanyalah sekitar 30 orang dan tidak perlu untuk menyediakan makanan yang banyak bahkan tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk majlis besar-besaran.

“Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia bila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja,” jelasnya.

Majlis pernikahan syarie antara Said dan Ayse ini hanya dibuat di Pejabat Organisasi Egitimder sahaja dengan kehadiran rakan-rakan dan keluarga yang terdekat.

CINTA KAMI TIADA BATAS SEMPADAN, AYSE

Sementara itu isteri Said pula, Ayse berkata, keputusannya memilih lelaki asing dibuat kerana dia menyedari dalam institusi perkahwinan tidak pernah membataskan perbezaan bangsa atau negara.

Jelasnya, dia terpikat dengan Said dek kerana bersifat lembut, sensitif dan sangat memahami dirinya.

“Bagi saya cinta tak mengenal bangsa dan negara. Apa yang penting ketulusan dan keikhlasan hati dalam mencintai antara satu sama lain.

“Said berjaya menawan hati dan cinta saya kerana dia seorang yang cukup lembut dalam tutur bicara, sentiasa peka dan begitu memahami hati budi saya…tapi saya rasa bukan orang Malaysia sahaja bersifat macam tu,” katanya sambil ketawa mengusik suaminya.

Ujar Ayse lagi, antara faktor kenapa kebanyakan wanita Turki tidak mengahwini lelaki bangsa asing kerana perasaan takut, risau dan tidak yakin.

Minda orang Turki tidak begitu terbuka dengan budaya luar dan mereka lebih terikat dengan budaya mereka sendiri.

Katanya selepas berkahwin dengan Said, dia merasa gembira dan bertuah bahkan perasaan takut yang dialaminya hilang dan tidak menjadi risau lagi.

“Saya bersyukur kepada ALLAH kerana menemukan jodoh saya dengan Said dan berdoa semoga cinta kami berkekalan hingga hujung nyawa,” katanya.

 

 

Sumber :
– www.themalaymailonline.com
– www.sinarharian.com.my
– Muhammad Nur Thaqib Shaker

 

PEMBETULAN : Atas ralat yang timbul dari pihak kami kerana ada pembaca yang “missleading” dengan tajuk yang sebelum ini dan setelah berbincang sendiri dengan pemilik sebenar (pengantin lelaki), kami memohon maaf atas ralat tajuk yang timbul dan kami telah bersetuju untuk menggunakan tajuk “Lelaki dari KL ini kahwin wanita Turki kerana persediaan mudah berbanding Malaysia”.

Mohon maaf sekali lagi dari kami, sekian harap maklum…


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
   

Related Posts

Add Comment