Kubur pelajar tahfiz digali semula

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

JOHOR BAHRU – Kubur pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari kelmarin. Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, berkata proses berkenaan bermula kira-kira jam 3 petang di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi dekat sini, lapor BH.

“Memang benar kubur Thaqif digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki Allahyarham diambil untuk tujuan siasatan lanjut.

“Selain pihak hospital, polis dan pihak mahkamah turut berada di lokasi ketika proses menggali kubur arwah dilakukan, ” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan proses berkenaan yang dilakukan jam 3 petang kelmarin.

“Proses ini dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335, Kanun Acara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut kes berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad Thaqif dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.

Tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April tetapi ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment