Korang sedar tak?

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

First of all, thank you admin sebab sudi post. Aku just nak cakap sebab baru sangat viral pasal kes bahasa yang berkait dengan Faiz Subri yang menang award baru baru ni.

And aku betul betul tak paham kenapa mentaliti masyarakat kita suka sangat menilai orang sedemikian rupa. Kita Malaysia, so kena bangga jadi warga Malaysia, bangga dengan bahasa Malaysia, naikkan taraf bahasa Malaysia. Jangan malu kalau tak boleh cakap English, yang penting bahasa kebangsaan harus fasih. English tu slow slow boleh belajar. Trust me, sekejap je pun nak belajar cakap english ( i mean tak termasuk grammar like high standard english).

Aku betul betul tak paham. Korang tahu? Yang drama korea, pelakon pelakon korea yang korang semua sanjung, tengok setiap hari, majoriti tak tahu English ? Dekat japan pun sebagai contoh, mereka lebih bangga dengan bahasa sendiri sehingga majoriti langsung tak tahu cakap dalam English? Tapi orang tak pandang rendah pun kan? Malah, siap orang angkat bahasa mereka. So now, lihatlah betapa ramai sangat orang belajar bahasa korea plus japan sebab mereka tahu, org sana memang pegang kuat bahasa mereka.

Even mereka tak pernah malu, if ada event international, untuk menggunakan translator. And pernah tak kita pandang rendah kat mereka? Tak kan? Siap kita tertunggu tunggu apa yang translator tu nak katakan. And mereka juga tahu yang satu dunia tahu mereka bukan tak reti nak cakap English, tapi mereka tak pernah ingin nak belajar pun.

Aku bukan nak maksudkan supaya rakyat Malaysia kekal bercakap bahasa kita dan tak perlu belajar bahasa English. Kita pun tahu, English tu bahasa dunia. But at least, jangan sesekali mengeji or menghina orang kurang fasih ( kurang fasih, bukan tak reti langsung) . Why not kita try contohi orang Japan plus Korea (contohi dari segi the way they appreciate their languange) . Cuma, yang lebih advance, kita tahu English lebih baik dari mereka.

Know what, aku just berharap one day, if ada event international yang melibatkan kita, we give the speech in bahasa Melayu (yaa of course with the help translator utk convertkan ke bi ), so that orang tahu bahasa kita. Well, bagi aku, bhasa Melayu ni indah sangat ditambahkan dengan kita ada “dialek” masing masing. Just, orang luar tak tahu. Kalau mereka tahu, aku pasti mereka mesti jatuh cinta.

Konklusinya, jangan sesekali menilai, jangan sesekali menghukum. Korang conform ke anak cucu korang fasih English, tak dihukum, tak dinilai dan tak dimalukan suatu hari nanti?

Thanks baca bagi habis ! Sekian.

-Dari aku, yang kecewa dengan bangsa yang menjatuhkan bangsa sendiri-


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment