Kisah sayu cikgu yang berpisah antara isteri, suami dan anak. Jarak adalah ujian mereka

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Mungkin kita berasa gembira bila mampu menatap wajah isteri dan anak pabila pulang dari berkerja. Seorang bapa mungkin setiap harinya melihat anak kecilnya membesar dihadapannya. Seorang ibu isteri mungkin berasa bertuah dapat menyediakan sarapan dan juadah buat suami setiap hari.

Namun di ceruk pendalaman Kapit ada satu kisah yang mungkin mewakili puluhan jiwa yang kerinduan kerana terpisah dengan yang tersayang.

Saya ingin menulis tentang kisah Cikgu Anas, Cikgu Siti Nur Aisyah dan anak mereka Siti Maryam Medina. Bayangkan pengorbanan yang mereka lakukan demi tugas mulia sebagai pendidik. Mereka berasal dari Kelantan.

Cikgu Anas akan pergi ke Sibu dari Bau untuk menghantar isterinya Cikgu Siti Nur Aisyah. Kali ini dia membawa anak pertama mereka yang baru berusia 7 bulan. Maryam Medina. Dan kali ini Cikgu Anas akan melepaskan anaknya kepangkuan ibunya Cikgu Siti Nur Aisyah untuk dijaga oleh si ibu.

Perjalanan yang harus ditempuh oleh 3 beranak ini bagaikan kembara epik yang meliputi jarak perjalanan ratusan kilometer. Dari Sibu mereka menaiki bot Ekspress menelusuri sungai Rajang selama 3 jam hingga ke Kapit. Sampai di Kapit mereka akan menunggu sebuah bot Ekspress yang lain untuk membawa mereka ke Ng Metah di hulu yang mengambil masa 3 jam lebih.

Selepas sampai di SK Ng Metah barulah mereka kembali ke kuarters yang disediakan.

Sudah 5 tahun Cikgu Siti bertugas di sini. Namun demi anak-anak bangsa mereka sanggup berjauhan dgn suami dan anak anak. Kini cikgu Siti Nur tidak sunyi lagi kerana ditemani oleh anak kecil mereka yang baru berumur 7 bulan.

Sudah tentu kerisauan seorang ibu dan bapa akan terpancar jika mengenang keadaan anak kecil mereka yang berjauhan. Sudah tentu doa tidak putus memohon agar kesihatan anak tidak terjejas dan sentiasa sihat walafiat.

Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati Cikgu Anas yang terpaksa pulang kembali ke Sibu menggunakan ekspress yang sama untuk kembali semula ke SK Bau di Daerah Bau untuk meneruskan tugas sebagai pendidik.

Rindu dan risau sentiasa meniti dihati mereka. Dan demi tugas membina negara bangsa, mereka sanggup berkorban.

Semoga satu hari nanti akan ada yang mampu membantu menyatukan mereka bertiga dalam masa terdekat.

Mari kita lihat gambar mereka yang dirakam semasa cikgu Anas menghantar isteri dan anaknya ke stesen bertugas.

Saya juga harap tuan puan dapat melihat dan menghayati video mereka bertiga.

 

Kredit :
– https://cikguemmet.com


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment