Kisah penipu dileter nenek tersebar di media sosial

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

PETALING JAYA: Apa yang akan anda lakukan jika menerima panggilan daripada orang asing menuntut sejumlah wang untuk membebaskan seorang ahli keluarga anda? Seorang nenek menghadapi dilema itu minggu lalu apabila seorang pemanggil meminta RM200,000 untuk membebaskan anaknya, lapor theSun.

Wanita itu tidak panik, sebaliknya mula bertanya bagaimana beliau hendak mendapatkan wang untuk membayarnya.

Pemanggil itu kedengaran menjerit “Awak **, kenapa awak tanya saya ‘macam mana’. Bayarlah!”

Wanita itu terus merungut mengenai tuntutan wang yang banyak itu.

“Kamu fikir ini RM200 atau RM2,000? Jika kamu minta RM20,000 hingga RM30,000, maka ia mudah.

“Kamu cakap RM200,000, kamu nak takutkan saya hingga mati ke? Kami orang miskin, dekat mana saya mahu cara duit untuk kamu? Saya tak pernah tengok wang sebanyak itu pun sepanjang hidup saya,” kata wanita itu dipetik akhbar berkenaan.

Berdasarkan nada suara pemanggil, dia seolah-olah tersinggung dan bertanya jika wanita itu menganggapnya pengemis.

“RM20,000 hingga RM30,000? Kamu fikir saya pengemis? Kamu ingat kalau kamu kata tak ada duit, maka semuanya akan selesai?” jerit lelaki itu dalam bahasa Kantonis yang diterjemahkan theSun.

Selepas menawarkan bayaran dibuat secara ansuran, wanita itu bertanya pula nama mangsa.

“Kamu fikir saya gila? Sudah tentu saya perlu tahu nama orang yang kamu culik. Kamu tak tahu nama dia? Kalau kamu tak tahu nama dia, macam mana saya hendak bayar duit,” kata wanita itu.

Pemanggil itu kemudiannya menamatkan panggilan dan rakaman perbualan selama 3 minit itu tersebar di media sosial.

 

 


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment