Kisah disebalik FORBES 30 Under 30 yang mengujakan

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...
Ya tuan tuan dan puan puan, ARBA Travel diiktiraf sekali lagi. Akhir tahun lepas, ARBA Travel pecah rekod apabila menjadi syarikat terpantas memenangi E50 Award (2017) anjuran SME Corp. Malaysia dalam masa hanya 3 tahun. Ini award rasmi, yang auditnya pula ialah Deloitte.
Kali ini pula, saya dan teman diiktiraf dalam anugerah berprestij Forbes 30 Under 30 (Asia) 2018 #ForbesU30Asia. Award ini tinggi tarafnya. Award ini hanya diberikan kepada sebilangan anak muda terbaik di Asia.
 
Faktanya, memang majoriti anak muda di dunia ini tinggal di Asia. Jumlahnya 800 juta malah menghampiri 1 bilion orang anak muda.
 
Ini adalah region yang paling sengit persaingannya.
 
Untuk award Forbes 30 Under 30 (Asia) ini pula, terdapat hampir 2,000 orang pemohon dari seluruh Asia (termasuk Australia), yang sudah pasti ada track record masing.
 
Masakan mereka berani bertanding sekiranya tidak punyai track record.
 
Segala puji bagi Tuhan yang Maha Esa Maha Kaya, daripada jumlah yang ribuan itu, saya dan teman (Ammar Shahrin) adalah kelompok 30 orang anak muda terbaik bagi kategori Retail & E-Commerce.
 
Malah, kami satu-satunya Anak Melayu yang berjaya dalam kategori itu.
 
Sudah tentu anugerah ini selayaknya pemilikan bersama Amiruddin Hamidun & Aizuddin Mohamad.
 
Tema bagi kategori ini ialah “Reinventing how we shop, online and offline”. Tugasnya ialah kita membawa inovasi transaksi dalam era baru.
 
Maaf, belum tiba masanya kami reveal kepada umum inovasi yang kami aplikasikan (yang membuatkan Forbes tertarik).
Sebenarnya, saya rancang untuk bertanding dalam Forbes pada tahun 2019, bukan tahun ini.
 
Hari terakhir – malah minit terakhir – kami hantar juga permohonan. Dengan niat, sekadar mahu dapatkan pengalaman penyertaan.
 
(Penghargaan diberikan kepada Nadhir Ashafiq TheLorry yang sudi menjadi nominator. I owe you one, bruh!)
 
Rupa-rupanya, berjaya!
 
Umur kami sedangkan baru merangkak 4 tahun, segala puji selayaknya bagi Tuhan.
 
Jadi, apa yang kami amalkan di sebalik tabir? Tolong. Tolong kongsikan 3 perkara di bawah ini dalam whatsapp group yang ada usahawan.
 
1. Mentaliti : Anak Melayu harus ada mentaliti yang kuat. Berulang kali saya tekankan kepada rakan keliling, sejarahnya kita ini bangsa tijari (pedagang). Ia ada dalam darah daging kita.
 
Malah, nenek moyang kita berdagang jauhhh. Kalau kita semak barangan di zaman Kesultanan Melaka, terbukti nenek moyang kita adalah pedagang global.
 
Jadi, mana mungkin kita ini bergembira bersaing sesama kita?
 
Tuan tuan dan puan puan, saya ada partner berbangsa Korea. Brand kami sudah mula disebut-sebut di negara KPop itu.
 
Jujur, kalau kita punya etika kerja yang tinggi, bangsa lain suka berkawan dengan kita, dan akan takut berlawan dengan kita.
 
2. Budaya Kerja : ARBA Travel punyai ‘culture’ yang sangat kuat. Kata kuncinya, Khidmah (walaupun saya lebih gemar dengan perkataan Budi. Ada nuansa Melayu).
 
Kami kerja keras. Keseronokannya di situ.
 
Baru-baru ini, kami capai target MATTA Fair. Tapi dalam hati, saya lebih rasa thrill dan merindui bila tak capai target.
 
Malah, mindset ‘mahu bisnes kerana mahu relax’ kita tendang jauh-jauh. Kita perlu bawa nilai baru.
 
Malu lah bisnesman generasi kita kalau disinonimkan dengan tayang harta tayang kereta, sedangkan bisnesman zaman dulu tugasnya jaga negara.
 
3. Kenal Diri : ARBA Travel ini baru 4 tahun. Kanak-kanak berumur 4 tahun umumnya tak pandai membaca.
 
Itu lah kami. Lebih banyak tak tahu daripada tahu. Hasilnya, kami wajib FOKUS.
 
Ramai bisnesman yang suka bisnes yang ‘banyak’. Itu lah juga nasihat para senior yang saya pernah dapat. Ada betulnya, kerana memang saya lebih banyak tak tahu daripada tahu.
 
Tapi saranan saya masih sama. FOKUS.
 
Akuilah kelemahan diri kita. Jangan sampai kejayaan menyebabkan kita terjebak dengan penyakit ‘Undisciplined Pursuit of More’.
 
Alhakumut Takatsur.
 
Kepada ARBA Family : Salute.
 
Kita berjaya bina satu bata atas bata yang lain.
Itulah yang akan kita terus lakukan, sampai masa depan jadi seperti yang kita mimpikan.
 
Macam biasa, kejayaan ini kita raikan 1 jam sahaja.
Esok, kerja keras macam nak gila.
 
Kredit :
Ammar Roslizar


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !
Tags:

Related Posts

Add Comment