Kisah Benar, Suami Kerja Siang Malam Kumpul Duit RM10 Ribu Demi Tunaikan Impian Isteri Bersalin Hospital Swasta

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

Baru-baru ini viral tweet oleh seorang wanita buat bakal suaminya yang hanya ingin bersalin di hospital swasta mewah bertaraf 5 bintang dan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerajaan. Susulan tweet viral tersebut, menimbulkan pelbagai reaksi oleh ramai pihak.

Semoga kejadian kisah benar yang dikongsikan oleh Mohd Hilmi Ahmad Adnan yang pernah bekerja dibahagian Pendaftaran Masuk Wad boleh dijadikan pengajaran buat para suami isteri lain.

Berikut antara perkongsian beliau;

Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap;

“Haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”.

Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata mereka ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.

Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dengan suami dia. Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sebab ikut hospital policy, memang kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016). Dia memang book single ward masa tu. Suami dia jawab;

“Ada encik, saya mmg ada bawa cash RM10,000 ni. OT (over time) siang malam ni encik nak kumpul duit ni”. Sambil dia ketawa bangga. Kesian juga lah aku dengar sebab suami dia kerja biasa-biasa je.

Lepas tu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke mmg RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”.

Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ, tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pada keadaan isteri dia dan baby dia. RM10,000 tu cuma anggaran kes LSCS paling simple je. Selalunya LSCS case dalam RM 11K-13K bergantung pada case.

Tak Nak Bagi Harapan Palsu

Kalau ada complication, lagi mahal lah.Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah. Suami dia cakap

“Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dalam akaun saya tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.

Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nak ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul-betul duit dia cuma ngam-ngam sebab due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction. Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sebab estimated cost untuk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu. Lepas tu suami dia jawab

“Tak apalah encik. Proceed je. Memang dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward 2 orang, saya tak boleh teman dia tidur kan?”.

Bil Bertambah

Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pada isteri dia tu, muka isteri dia memang nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe. Selang dua hari lepas tu aku tengak dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah.

So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yang gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu. Ni baru tengok Siti beranak kat Gleneagles, jangan plak terus teringin beranak kat Gleneagles. Huhu. Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yang lebih penting lagi lepas baby tu dah keluar. Kalau yang betul-betul mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Sedangkan staf hospital yang dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat hospital tu.

Selalu orang sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak. Ye, memang tak ada sesiapa dapat nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yang sebut pengorbanan suami yang macam ni.

Ikut Kemampuan & Bajet

Ada penambahan sikit. Aku bukan anti hospital swasta lah. In fact, akak & adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tengak lah pada bajet anda. Yang aku cerita dalam posting sebelum ni, suami dia tak berapa mampu tapi dia nak duduk hospital 5 star. Dan aku advice suami dia untuk pergi GH tu sebab kami ni staf hospital, DILARANG promote hospital swasta lain. Sebab tu aku suggest suami dia pergi GH.

Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat hospital yang kosnya cecah RM12,000 untuk LSCS sedangkan anda boleh bersalin dengan kos cuma RM5,000 kat hospital swasta lain. Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin.

Bagi yang berkemampuan atau yang nak 1st class service & treatment, dialu-alukan ke hospital mewah (Gleneagles, Prince Court etc). Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pada anda nak bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda.

Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing.

Jadi para isteri, mohon jadikan kisah ini satu pengajaran dan iktibar. Ukurlah baju dibadan sendiri. Jika suami seorang yang berkemampuan tidak salah bagi seorang isteri untuk membuat permintaan sebegini pada suami, apatah lagi setelah 9 bulan mengandung dan berkorban untuk melahirkan zuriat. Namun jika taraf kemampuan suami adalah sebaliknya dan menyusahkan suami sebaiknya para isteri mempertimbangkan kembali keputusan ini.\

Sumber :


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment