Kiky tidak terkesan dengan apa yang berlaku kepada Najib

Kongsikan Artikel Ini !

Loading...

KUALA LUMPUR: Sejak kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian, mungkin hanya salah satu penghuninya yang digelar Kiky kurang merasai tekanan.

Meninjau ke dalam kediaman itu, Malay Mailmelaporkan, rumah itu dipenuhi dengan kotak dan bagasi yang kelihatannya di bawa dari Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Kotak-kotak itu tersusun rapi hampir mencecah siling manakala pembantu rumahnya pula sibuk melayani tetamu yang tidak putus-putus berkunjung untuk melawat tuan rumahnya itu.

Namun, satu-satunya penghuni yang kelihatan kurang terkejut dengan apa yang sedang berlaku ialah kucing Parsi kesayangan keluarga Najib yang dinamakan Kiky.

Dengan mengabaikan kehadiran orang ramai, Kiky terus berjalan ke arah Najib sambil mengesel-geselkan tubuhnya.

Sambil ketawa Najib berkata, Kiky adalah kucing paling pemalas dalam dunia.

Ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri, Najib sering kali berkongsi kemanjaan Kiky di media sosial malah kucingnya itu merupakan antara kucing popular dalam kalangan peminat kucing.

Pada 2010, Najib mengalu-alukan cadangan nama bagi kucingnya itu menerusi sebuah laman blog.

Kini, Kiky bakal mendapat perhatian penuh dari tuannya.


Loading...
Kongsikan Artikel Ini !

Related Posts

Add Comment